Friday, October 19, 2012

Soup Seaweed

  1. Diambil dari blog seorang blogger..

    BAHAN-BAHAN:
    ---------------------
    air secukupnya
    RumPai Laut(direndam dan dicuci)..toskan
    6 ulas bawang putih ditumbuk
    4 ulas bawang putih diketuk
    1 biji bawang besar(biar camtu je)
    kiub ayam
    sedikit isi ayam dicincang(nak guna udang pun boleh)
    telur dua biji
    sedikit halia diketuk
    Tomato(nak letak apa2 sayur pun boleh)
    bawang putih dan merah goreng(optional)
    Daun Sup
    sedikit batang celery dihiris
    sedikit minyak masak utk menumis

    CARA-CARA MEMBUATNYA:
    ----------------------------------
    1) Tumiskan bawang bawang putih yang ditumbuk dan diketuk setelah naik bau

    2) masukkan sedikit halia.

    3) masukkan isi ayam

    4) bila isi ayam dah hampir masak masukkan telur

    5) Bila dah agak garing isi ayam dan telur masukkan air dan juga bawang besar

    6) bila dah mendidih masukkan batang celery dan rumpai laut

    7) Akhir sekali baru masukkan tomato,bawang goreng dan juga daun sup...

Wednesday, September 1, 2010

Tips Memilih Saiz Coli

Sumber : Harian Metro - 02/09/2010

80% wanita salah pilih coli

PEMILIHAN saiz coli yang sesuai sememangnya mampu membentuk kontur badan wanita.
Dilaporkan lebih 80 peratus wanita di negara Asia memakai coli yang tidak mengikut saiz payudara berikutan kurangnya pendedahan terhadap pengetahuan untuk memilih saiz coli yang betul. Mereka juga kurang didedahkan dengan kepentingan coli pada payudara yang menjurus kepada kesihatan tubuh badan.

Penggunaan coli yang betul boleh diibaratkan sebagai lapisan kulit kedua bagi wanita. Namun, kebanyakan wanita memilih coli dengan hanya mementingkan aspek kecantikan dan lebih mengikut fesyen terkini semata-mata. Mempunyai bentuk yang menarik sememangnya menjadi aset kebanggaan wanita. Namun semakin usia meningkat, selain melalui proses kelahiran anak, perubahan bentuk tubuh dan pengabaian penjagaan payudara menjadi punca kepada masalah payudara jatuh atau menggeleber.

Antara kesilapan yang lazim dilakukan ialah memilih saiz mangkuk coli yang terlalu kecil atau coli terlalu longgar, hinggakan tisu lemak di bahagian dada mereka ditolak ke belakang badan atau bawah ketiak. Ia boleh menyebabkan payudara kelihatan kendur dan kekurangan sokongan pada payudara juga boleh mengakibatkan rasa sakit di leher, bahu serta tulang belakang. Justeru, Neubodi berusaha membantu mengatasi masalah yang sering dihadapi wanita dengan melatih setiap perunding khas untuk membantu pengguna mencapai transformasi segera ke atas tubuh menerusi pemakaian coli yang betul

Monday, August 30, 2010

Kiwi & Khasiatnya

Artikel - Harian Metro 30/08/2010


Kiwi kurang tekanan ketika berpuasa

TAHUKAH anda sebiji buah kiwi mengandungi zat kalium lebih daripada sebiji pisang manakala kandungan vitamin C pada kiwi pula umpama dua biji oren?
DUA JENIS...kiwi Zespri boleh didapati dalam dua jenis iaitu hijau biasa dan kuning emas.

DUA JENIS...kiwi Zespri boleh didapati dalam dua jenis iaitu hijau biasa dan kuning emas.

Lebih menarik, sebiji kiwi juga mengandungi kandungan serat umpama kita menikmati semangkuk bijirin selain kaya dengan beta karotina, magnesium, zink, zat besi dan fosforus.

Menurut fakta jenama kiwi terkenal dari New Zealand, Zespri, ia dianggap antara buah yang dapat membantu mengurangkan tekanan pada tubuh ketika berpuasa kerana ia mengandungi pelbagai vitamin dan zat galian penting.

Sama ada dimakan sebelum atau selepas berbuka, kiwi dapat membantu melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit kerana kandungan vitamin C di dalamnya membantu meningkatkan sistem imunisasi badan terhadap patogen seperti bakteria.

Selain itu, ia mengandungi vitamin E dan antioksidan penting untuk membantu melindungi tubuh daripada radikal bebas.

Lebih istimewa, kandungan vitamin C dan karotenoid dalam kiwi juga membantu dalam penyerapan zat besi manakala satu enzim proteolisis aktif yang digelar actinidin dapat menolong meningkatkan penghadaman protein daging, susu, kekacang dan bijirin.

Ramai yang mengalami masalah sembelit ketika di bulan puasa dan untuk mengatasi masalah berkenaan, pakar pemakanan menyarankan pengambilan sebiji kiwi dalam diet harian.

Bagi pesakit diabetes, kiwi mampu membekal sumber tenaga yang diperlukan kerana kajian menunjukkan ia mengandungi indeks glisemia 52, iaitu tahap sederhana ke rendah untuk hidangan sebiji kiwi saiz besar.

Ini bermakna tahap glukosa darah pesakit diabetes juga tidak akan bertambah secara mendadak.

Kajian turut mendapati jika kiwi dimakan sejam sebelum tidur, ia mampu membantu memperbaiki kualiti serta menstabil dan menenangkan angin seseorang.
Bagaimanapun, untuk warga emas yang mempunyai penghadaman lemah, disyorkan menikmati buah berkenaan sejam setengah sebelum tidur.


>Info

# Untuk ­memastikan kiwi hijau sudah siap untuk dimakan, pegang buah antara ibu jari dan jari telunjuk kemudian tekan secara lembut, kiwi yang sedikit lembut sudah boleh dimakan.

# Jika kiwi tidak lembut ketika anda menekan menggunakan ibu jari dan jari ­telunjuk, ia tidak boleh dimakan ­kerana ia belum lagi mencapai tahap kemanisannya.

# Kiwi boleh ditinggalkan untuk masak beberapa hari sehingga seminggu pada suhu bilik, jauh daripada cahaya matahari dan kepanasan.

# Letakkan kiwi di dalam beg kertas bersama epal, pisang atau pir yang boleh mempercepatkan proses masak. Kiwi yang sudah masak boleh diletakkan dalam suhu bilik atau di dalam peti sejuk.

# Kiwi emas pula sudah sedia dimakan apabila dibeli.


Kiwi oren (Hidangan dua orang)

Bahannya:
3 kiwi Zespri Gold - dikupas dan dihiris
3/4 cawan jus oren
Ais krim dan yogurt

Cara penyediaan:
# Masukkan kiwi ke dalam pengisar dengan 3/4 cawan jus oren.
# Kisar sehingga halus dan tuang ke dalam gelas panjang.
# Tuangkan aiskrim atau yogurt.

Thursday, April 29, 2010

Katakan 'TIDAK'


Tenaga di dalam tubuh badan kita boleh berkurangan jika selalu melakukan perbuatan yang tidak baik atau perbuatan yang berdosa . Daya tahan badan kita dari aspek fizikal, mental dan rohani akan terjejas dan mudah untuk jatuh sakit jika amalan-amalan yang keji sentiasa dilakukan. Oleh itu kita perlu memiliki tenaga menyatakan tidak kepada perkara-perkara yang tidak baik.

1) Katakan tidak atau jauhkan diri pada pertuturan dan persekitaran suara-suara yang sentiasa bersifat komplen atau rungutan-rungutan yang tidak puas hati terhadap cuaca, kewangan, persekitaran dan sebagainya. Rungutan hanyalah menghasilkan getaran emosi negatif yang mana getaran ini boleh menjejaskan emosi dan tenaga atau mood seseorang. Jika sesuatu yang tidak kena , apa yang patut dibuat ialah kenalpasti masalah tersebut dan cari jalan penyelesaian atau berhubung dengan mereka yang boleh bantu selesaikan masalah tersebut.

2) Katakan tidak pada gosip dan umpatan kerana perkara ini boleh membawa bencana dan keburukan bagi diri anda dan hubungan yang rengang keran boleh membawa kepada perasaan benci dan boleh menyebabkan berlakunya pernusuhan dan pergaduhan.

3) Katakan tidak kepada percakapan yang lara dan yang sia-sia. Barang siapa yang beriman pada hari akhirat hendaklah dia keluarkan perkataan yang baik-baik jika tidak berdiam diri. Perkataan yang sia-sia tidak boleh membawa manfaat malah menyedut tenaga kita dengan lebih banyak, Orang yang suka cakap yang sia-sia akan sentiasa di dalam keadaan yang letih dan jiwanya tidak akan rasa tenteram

4)Katakan tidak pada fikiran yang negatif.Fikiran negatif akan melemahkan mental dan daya juang kita dan seterusnya akan meletihkan jiwa raga kita.

5) Katakan tidak kepada kerisauan dan kebimbangan, Perasaan ini adalah sangkaan tanpa pengetahuan yang betul. Ramai oang yang menderita rasa tertekan akibat dari rasa bimbang yang tidak menentu. Akibatnya tenaga akan terlalu banyak digunakan dan menyebabkan orang itu rasa tidak bermaya kerana sukar untuk tidur dan fikirannya akan menjadi letih dan dia akan mudah mengalami kelupaan. Orang yang sentiasa rasa bimbang akan juga mudah menjadi seorang yang pemarah

6) Katakan tidak kepada suara-suara dalaman yang memperlekeh dan merendah-rendahkan kita. Anda boleh mengawal suara ini dengan mengemukakan pertanyaan pada emosi tersebut.

7) Katakan tidak kepada diri anda yang ingin berbohong atau berdusta.

8) Katakan tidak pada diri anda yang ingin mengeji, mencaci atau memperlekehkan orang lain Tenaga anda akan digunakan terlalu banyak untuk mencetuskan situasi yang tidak baik itu . Ianya akan menjejaskan mental dan memberikan kesan buruk kepada fizikal dan rohani anda.Orang yang mengeluarkan kata-kata yang tidak baik akan menderita penyakit tekan jjiwa yang melampau dan dia akan sentiasa rasa resah dan gelisah.

Oleh itu gunakanlah kuasa TIDAK bagi melestarikan dan menjadikan kehidupan anda sentiasa bertenaga, sihat ceria dan harmoni di mana sahaja anda berada.


Dari Buku : Sedangkan Lidah Lagi Tergigit



Rasulullah bersabda, "Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga."
(Riwayat Anas Bin Malik)

Tidak indahkah dijanjikan dengan sebuah rumah di tengah-tengah syurga? Sekalipun kita di pihak yang benar, namun untuk mengelakkan perbalahan berpanjangan, mengalah sahajalah. Rugikah kalau beralah? Bagi sesetengah orang yang mementingkan diri sendiri mungkin tidak munasabah jika mahu beralah tetapi apa kata kalau saya katakan ‘orang yang beralah akan menang besar kemudiannya?’

Pergaduhan suami isteri akan sentiasa berlaku. Bak lagu P.Ramlee ‘Sedang lidah lagi tergigit’. Anda tidak akan sentiasa boleh berkata ‘ok’ kepada isteri anda begitu juga dia. Setiap kali pergaduhan berlaku, pasti akan ada hati yang akan terluka terutamanya hati orang perempuan yang memang diketahui tidak dapat diramalkan. 

Jika pergaduhan itu berpunca daripada sesuatu yang sangat kecil, maka jika kita perbesarkan, maka akan terlihatlah peribadi sebenar seseorang itu. Sungguh akan terlihat betapa hodoh sekali seseorang itu tambahan pula, mulutnya mudah sekali melancangkan kata-kata yang tidak sedap didengar.
Sabda Rasulullah s.a.w: 

"Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor." 

(Riwayat Ibnu Mas’ud RA) 

Dalam sabda ini, dapatlah kita fahami bahawa orang yang berkata keji bukanlah orang mukmin sebenar. Betapa iman kita dapat disukat dengan perlakuan yang sangat keji ini. 

Pernahkah anda melihat pergaduhan suami isteri ini daripada sudut yang positif? Sebenarnya, pergaduhan akan menyebabkan terbentuknya satu penyatuan pelbagai perkara termasuklah cita rasa dan impian pasangan itu. Bagi mencapai tujuan inilah kita sering bertelingkah dengan pasangan untuk mencapai sesuatu yang terbaik. Tidaklah saya maksudkan pergaduhan adalah baik, namun hal ini adalah lebih baik daripada kita berdiam dan tidak berbincang sehingga akhirnya tidak ada penyatuan antara suami dan isteri. 

Justeru, pergaduhan menjadi medium kepada pasangan dalam menyatukan kasih sayang. Setiap individu akan melahirkan perasaan tidak puas hati dan sebagainya. Maka, di sini adalah tempat untuk mencurahkan perasaan. Jadi, janganlah memendam perasaan sehingga jiwa kita menjadi tertekan ibarat belon yang akan pecah akibat ditiup dengan angin yang kuat. Jika tidak diluahkan, pasangan anda tidak mungkin akan tahu perkara yang ada dalam hati anda. 

Di sini, saya akan kongsikan beberapa tip untuk bertengkar secara positif:

1. Jangan terlampau banyak bercakap – Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk mem-betulkan keadaan. 

2. Jangan menyebut kelemahan pasangan – Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.

3. Jangan membalas perbuatannya – Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri. 

4. Jangan cuba mengubah pasangan – Anda dibesarkan dalam keluarga ‘begini’, isteri anda dibesarkan dalam keluarga ‘begitu’. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda. 

5. Fokus pada masalah – Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah. 

6. Jangan tinggikan suara – Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat. 

7. Gunakan panggilan manja – Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan ‘sayang’ atau ‘manja’ tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah ‘aku’ dan ‘kau’.

8. Elakkan terlalu emosional – Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya. 

9. Gunakan perkataan yang baik-baik – Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"

10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur – Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.

11. Dengar luahan isteri – Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.

12. Jangan bergaduh di depan anak – Dengan bergaduh di hadapan anak, anda hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.

13. Bersabar – Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.

14. Say NO to third party – Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda. 

15. Mengalah tidak bererti kalah – Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.

16. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai – Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah. Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua. 

17. Luahkan – Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda. 

18. Pelukan dan kemaafan – Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.

Artikel di atas dipetik daripada Bab 9: Sedangkan Lidah Lagi Tergigit dalam buku Manual Kerja Super Suami. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di www.books.perintis.com.my.

Friday, March 19, 2010

Minuman Untuk Wanita Hamil

PESONA

Minuman untuk wanita hamil



KESIHATAN ibu dan bayi dalam kandungan banyak bergantung kepada corak diet yang diamalkan.


KEHAMILAN menuntut seseorang wanita bukan sahaja menjaga kesihatan emosi dan pergerakan fizikal bahkan diet hariannya. Acap kali diet harian merujuk kepada pengambilan sajian yang bergizi seimbang seperti bijirin, kekacang, roti, sayuran dan buah-buahan.

Bagaimanapun, jarang sekali kita menekankan mengenai amalan minuman harian yang patut diamalkan oleh wanita.

Menurut Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur, Dr. Premitha Damodaran, seperti pemakanan, wanita hamil juga perlu menitikberatkan aspek pengambilan cecair yang diambil untuk tubuhnya.

Amat penting bagi wanita hamil untuk mengambil jumlah air yang cukup untuk tubuhnya kerana jika dehidrasi berlaku, tubuh mudah berasa letih selain mendapat serangan sakit kepala. Lebih teruk, mereka boleh mendapat penyakit yang dipanggil 'kencing kotor'.

Terdapat empat jenis minuman yang baik untuk diambil oleh wanita mengandung iaitu air putih, susu, jus buah-buahan dan minuman berfungsi atau isotonik.

Air putih adalah minuman yang terbaik kerana tidak mendatangkan masalah jika diambil berlebihan sehingga lapan hingga 10 gelas sehari.

Susu pula menawarkan sumber kalsium untuk perkembangan tulang manakala jus buah-buahan memberikan khasiat vitamin dan minuman berfungsi dapat menggantikan zat elektrolit yang hilang semasa berpeluh.

Bagaimanapun, tegas Premitha, wanita hamil sememangnya tidak digalakkan untuk mengambil minuman seperti kopi dan minuman berkarbonat.


SEBAIK-BAIKNYA hindarkanlah pengambilan kopi ketika sedang mengandung.


Dengan minuman berkarbonat telah menjadi satu budaya hidup masyarakat hari ini, ia sebenarnya memberi kesan buruk kepada kesihatan dan tubuh badan ibu dalam jangka masa panjang.

Katanya, kandungan gula yang tinggi iaitu sehingga tujuh hingga sembilan sudu dalam satu tin boleh menyebabkan kadar gula dalam darah wanita hamil tidak seimbang.

Kesan buruk itu bukan sahaja terdedah kepada diri sendiri bahkan ke atas bayi dalam kandungan kerana ia akan menyumbang kepada ketidakstabilan paras gula tubuh bayi.

"Banyak minuman berkarbonat mengandungi pewarna makanan tiruan, perasa tambahan dan sebagainya. Dengan kandungan gula yang tinggi, ramai wanita hamil berisiko mendapat kencing manis. Tahap risikonya berganda," ujar Premitha.

Tambahnya, seseorang wanita hamil memerlukan kadar gula yang seimbang supaya keseimbangan tersebut dapat diwarisi oleh bayinya.


KANDUNGAN gula yang berlebihan dalam satu tin minuman berkarbonat memudaratkan wanita hamil.

Jelas Premitha, kopi juga seharusnya dihindar oleh ibu hamil daripada menjadi minuman harian. Pengambilan kafein yang terlalu tinggi adalah tidak baik untuk kesihatan bayi, malah beberapa pakar mendedahkan bahawa ia mungkin boleh mendatangkan risiko keguguran sewaktu trimester pertama.

Premitha memberi senarai masalah yang boleh berlaku jika minuman berkarbonat atau kopi menjadi pilihan ibu hamil:

1. Minuman soda atau berkarbonat menyamai sekurang-kurangnya tujuh sudu gula dalam setiap tin. Ini mungkin mendorong kepada masalah berat badan yang naik mendadak, penyakit kencing manis dan beberapa komplikasi lain yang berlanjutan daripada dua penyakit tersebut.

2. Kopi dan teh mengandungi kafein. Jika sebelum ini anda penggemar kafein, elakkan pengambilan kedua-dua jenis minuman itu secara harian. Kafein yang tinggi boleh menjejaskan proses perkembangan kandungan dan menyebabkan perubahan hormon tubuh.

3. Kafein juga mengakibatkan diuresis, iaitu keadaan yang menyebabkan pundi kecing menjadi aktif. Badan boleh kehilangan air secara berlebihan akibat terlalu kerap kencing.


Sumber : Kosmo Online

Saturday, December 26, 2009

Juice Fasting


It includes consumption of only raw fruit juice, vegetable juice and water (no solid food should be included). Fresh vegetables and fruits are considered as a very good source of vitamins and minerals which helps in the detoxification process

Points to ponder for juice fasting
A week before starting juice diet try and avoid caffeine, sugar, alcohol, poultry, fish, eggs and processed flour products.

  • Some vegetables and fruits which have excellent nutritional profile along with palatability in juice form include tomatoes, carrots, cucumber, cabbage, beet, zucchini squash, lettuce, celery, green vegetables, sprouts, apples, melons, grapes, pineapple and cranberry.
  • Avoid juices of certain vegetables and fruits like potato, yam, citrus fruits, apricots, peaches, cherries, bananas and other with hard skin and seeds.
  • Juices can be sipped through out the day.
  • Drink 50-70 ounces of juice per day and also remember to drink at least 8-10 glasses of water per day along with the juices.
  • Select a combination of fresh vegetables and fruits. Do not allow the juice to stand. Drink immediately as soon as it comes out from the juicer to ensure the intake of all the vitamins and raw food enzymes. Avoid consumption of canned or tinned fruit or vegetable juices.
  • Juice fasting should not be done for long period of time as it may lead to nutritional deficiencies in the body. It should typically last for not more than one to three days.
  • Grapefruit juice and pomegranate juice can be avoided during a juice fast, because they have certain components which tend to interact with certain drug component in the body.
  • Break a juice fast gradually by eating semi-solid foods and then solid foods as per tolerance.