Monday, October 26, 2009

Khasiat Lobak Merah


Ramai tahu bahawa lobak merah bagus untuk mengekalkan kesihatan mata. Ini kerana ia kaya dengan vitamin A. Vitamin ini sangat diperlukan oleh tisu badan untuk pelbagai fungsi. Salah satu daripadanya adalah untuk membina pigmen bagi penglihatan yang baik pada waktu malam. Walau bagaimanapun memakan lobak semata-mata tidak akan menghalang anda daripada memakai cermin mata. Namun kekurangan vitamin A akan merosakkan penglihatan anda. Selain daripada lobak, sayuran hijau dan merah juga kaya dengan vitamin A. Sebagai sayuran berakar, lobak merah boleh dimakan secara mentah mahupun dimasak. Khasiat paling ampuh di dalam lobak merah sudah temtunya betakaroten yang mana berfungsi memberikan warna oren kepadanya. Betakaroten diketahui mempunyai khasiat yang tinggi terhadap kesihatan. Lobak merah juga kaya dengan serat diet, antioksidan dan mineral.

JUS LOBAK
Ini juga adalah antara cara paling sihat untuk menikmati lobak. Jika anda ingin mencampurkan susu, gunakan susu rendah lemak berbanding susu skim atau susu pekat manis. Walaupun ia bagus, jus ini tidak boleh diamalkan selalu kerana ia berpotensi untuk menambahkan berat badan.

KEK LOBAK MERAH
Ini adalah antara kek yang paling popular dan digemari ramai. Anda sendiri boleh menghasilkan kek ini mengikut resepi yang sihat. Pilihlah lobak yang segar dan gunakan bahan-bahan yang lebih menyihatkan, misalnya mentega kurang lemak dan gula perang. Kurangkan penggunaan minyak dan bataskan juga pengambilan kek ini.

PURI LOBAK
Selain berguna untuk masakan, puri lobak juga adalah makanan yang bagus untuk bayi. Khasiatnya begitu tinggi dan cara pengambilannya juga sangat mudah kerana sudah melalui proses menjadikannya lebih lumat. Lobak merah mempunyai rasa lemak dan sedikit manis. Jika anda ingin menyediakannya sendiri awasi penambahan gula terlebih dahulu.

SAYUR CAMPUR
Selain jagung dan kacang pea, lobak merah adalah juga antara sayur paling banyak digunakan sebagai bahan sayur campur. Oleh sebab ia sudah melalui proses pembekuan, sayur campur ini perlu disimpan beku. Sebaiknya, lakukan proses nyahbeku kurang dari 30 minit untuk mengekalkan kesegarannya. Sayur campur ini sesuai digunakan sebagai rencah untuk nasi goreng, pizza dan pai. Lebihkan penggunaan sayur campur khususnya lobak merah kerana ia terbukti bagus untuk membantu anda mengamalkan diet sihat.

Khasiat Tumbuh-tumbuhan

NAMA VERNAKULAR : Asparagus

NAMA SAINS : Asparagus officinali

Masalah kulit adalah berpunca daripada pengumpulan asid yang brlebihan dalam darah . Ia menjadi punca jerawat dan penyakit kulit yang lain. Asparagus yang kaya dengan zat besi , kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan niasin dapat mengatasi masalah kulit . Ia mempunyai elemen-elemen yang baik untuk kelenjer tiroid, pineal dan adrenal, jantung, hati, paru-paru, limpa, pankreas dan kulit

Jus asparagus dapat digunakan untuk merawat gangguan renal dengan berkesan. Asparagus mengandungi sejenis bahan yang dikenali sebagai asparajin yang membolehkan sistem badan membuang sisa-sisa toksik.

Tabiat pemakanan seperti pengambilan terlalu banyak makanan yang berlemak dan bergula , menyebabkan asid berkumpul dengan banyak dalam darah . Kandungan alkali yang tinggi dalam jus asparagus boleh mengatasi keadaan ini dan ia juga dapat menghilangkan masalah jerawat serta membersihkan kulit

NAMA VERNACULAR : Kangkung

NAMA SAINS : Ipomea aquatica

Kangkung merupakan salah sayur yang popular yang dimakan oleh orang tempatan. Ia merupakan sayur yang tumbuh liar di kawasan yang lembap. Sayur ini mempunyai nilai yang tinggi dalam rawatan tradisional , khususnya untuk meredakan kesakitan serta mengecutkan bisul.

NAMA VERNAKULAR : Bayam

NAMA SAINS : Spinacia oleracea

Bayam merupakan sayur yang kaya dengan vitamin A,C dan E . Jus bayam mengandungi zat besi secukupnya untuk mengatasi masalah-masalah yang berkaitan dengan anemia yang merupakan sejenis penyakit kurang darah. Wanita sering kali kekurangan zat besi kerana didatangi haid , jadi jus bayam yang di campurkan dengan jus lobak merah atau jus tomato boleh membekalkan zat besi secukupnya untuk menambahkan tenaga. Jus batam juga amat mujarab untuk menghilangkan kedutan pada muka.

NAMA VERNAKULAR : Seleri

NAMA SAINS : Apium graveolens

Seleri merupakan sejenis sayur yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, karatin, vitamin A,B-Kompleks dan C dan megnesium. Ia merupakan penawar dalam amalan perubatan tradisional untuk menurukan tekanan darah tinggi dan juga dapat menghilangkan rasa pening dan sakit kepala yang berpunca daripada tekanan darah tinggi.Seleri juga bertindak sebagai melancarkan pengaliran dan pusingan haid serta mengatasi masalah penyakit keputihan.

Jusnya boleh juga digunakan sebagai mengubati penyakit -peyakit kulit. Sekiranya berlaku keracunan darah yang berpunca daripada jangkitan bakteria akibat terpijak paku yang karat , kandungan galian dalam jus seleri dapat mengubatinya.

Seleri juga digunakan sebagai ubat rematik. Daun seleri mengandungi senyawaan glucoside, apiin dan juga apoil yang mempunyai aroma khas. Apiol ini berkhasiat sebagai antipyreticum iaitu ubat melawan deman.

NAMA VERNAKULAR: Lobak merah

NAMA SAINS : Daucus carota

Lobak merah merupakan sayur yang mempunyai banyak khasiat .Lobak merah mengandungi beta carotene, vitamin B dan C , alpha carotene, klasium, dan potasium . Ia adalah baik untuk menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan peyankit. Ia juga meningkatkan pertumbuhan sel-sel- baru dan membuang toxic dalam badan .

Jus lobak merah boleh dijadikan sebagai minuman dan ia juga digunakan untuk baiki keadaan kulit kita. Lobak merah adalah amat berguna untuk mengurangkan masalah sakit jantung , diarrhea , dan juga mengatasi selsema iaitu dengan membentuk antibodi dalam badan.

NAMA VERNAKULAR : Bawang putih

NAMA SAINS : Allium sativum

Pada awalnya bawang puith yang merupakan rempah ratus yang paling popolur, hanya digunakan sebagai penyedap makanan. Ia memberi rasa dan aroma kepada masakan harian kita.. Pada masa kini bawang pitih yang kaya dengan selulos, vitamin A,B, dan C dan zat galian seperti Kalsium, fosforus dan besi , di gunakan sebagai bahan dalam ubatan tradisional.

Antara kepentingannya adalah seperti berikut, bawang putih mengandungi bahan yang dikenal sebagai di allye disulfida yang bersifat sebagai penupas cacing. Bagi mereka yang tinggal di Perancis ia digunakan sebagai ubat asma dan radang selaput lendir pada hidung. Ia juga digunakan sebagai ubat untuk merawat bekas sengatan serangga dan juga untuk bekas tembakan senapan supaya tidak merandang.

Bawang putih yang dijadiakn sebagai jamu dapat mengubati mereka yang mengalami tekanan darah yang tinggi.Orang-orang di Syria mencampurkan bawang putih ke dalam minuman untuk mengubati deman, cirit -birit dan menahan sakit. Bawang putih juga digunakan sebagai petua tradisional untuk masalah kutu. Sirap bawang putih digunakan untuk masalah asma dan masalah pernafasan

NAMA VERNAKULAR : Cendana

NAMA SAINS : Santalum album

Cendana mempunyai batang tumbuh yang tegak, bulat, berkulit kasar, tampak tipis dan berwarna kelabu. Jantung kayu yang berwarna kuning mengeluarkan aroma yang wangi . Daunnya juga mengeluarkan aroma yang serupa. Dunia perdagangan mengenalinya sebagai "sandalwood oil". Ia merupakan bahan yang terbaik untuk membuat minyak wangi kerana kandungan santalol yang terdapat di dalamnya yang digunakan untuk membuat minyak wangi.

NAMA VERNAKULAR : Cengkeh

NAMA SAINS : Eugenia aromatica

Cengkeh termasuk dalam famili Myrtaceace . Minyak cengkeh boleh diperolehi dari bunga, gagang bunga dan daun. Ketiga-tiga bahagian ini menghasikan tiga jenis minyak yaitu clove oil ( hasil sulingan bunga cengkeh ), clove stem oil ( hasil dari sulingan gagang cengkeh ), dan clove leaf oil ( hasil dari daun cengkeh ). Minyak -minyak ini adalah sangat penting dalam industri membuat minyak wangi dan ia juga digunakan dalam masakan.

NAMA VERNAKULAR : Kunyit

NAMA SAINS : Cucuma domescika.

Kunyit mempunyai banyak khasiat antaranya adalah zat pewarna kuning yang bersifat mengawet kerana amampu mencegah kuman. Umbinya mengandungi dihidrokasi-dicinnamiol-metana dan parehidroksi-cinnamiol-feruloil-metana . Kedua-duanya bersifat sebagai antidiare kerana mampu mencegah keluarnya getah lampung (ludah perut), sambil mengurangkan gerakan peristalik usus yang "overacting".

Ia juga dapat dimanfaatkan sebagai ubat sakit mencret akibat perut dan usus yang masuk angin. Sari kunyit juga mengandungi zat pewarna kuning (kurkumin) yang merupakan sejenis alkanon hidroksi-metoksifenil-heptadiena-dion. Zat ini bersifat menumpas kuman contohnya dalam kuman yang menyebabkan deman, kunyit bertindak sebagai ubat antideman.

Kunyit juga digunakan untuk mengubati penyakit kuning kerana doktrin signatur iaitu berwarna kuning .Dalam masyarakat india , serbuk kunyit digunakan untuk mencantikan lagi kulit mereka dan ia juga digunakan dalam masakan mereka.

NAMA VERNAKULAR : Kayumanis

NAMA SAINS : Cinnamomum zeylanicum

Kayumanis mempunyai niali ekonomi yang tinggi, sebab kulit batang dan daunnya memiliki aroma yang sangat kuat. Kulit batangnya mengandungi sekitar 4 % minyak asiri dengan komponen berupa 60-75% cinnamaldehyde, 5-18% eugenal, serta komponen lain seperti eugenol asetat, cinnamyl asetat, metil eugenol dan linalool.

Dalam perdagangan, kulit batang kayumanis dijual dalam bentuk batang kering dan bubuk. Digunakan juga sebagai penyedap dan bumbu dapur untuk aneka masakan. Kulit batang kayumanis yang disulingkan untuk mengambilkan minyak asirinya yang dikenali sebagai cinnamon oil, digunakan sebagai bahan penyedap, terutamanya sebagai bumbu daging , sedian farmasi , pewangi contohnya dalam menyediakan sabun dan pewangi insektisida.Ia juga digunakan untuk meredakan masalah perut meregam. Ia juga berfungsi melegakan kesakitan dibahagian abdomen dan pinggang.

NAMA VERNAKULAR : Halia

Halia merupakan bahan yang sangat popular dalam makanan, biskut dan membuat jeruk untuk tujuan komersial. Minyak yang dikeluarkan dari halia , sesuai untuk dibuat minyak wangi dan ubat. Khasiatnya adalah banyak iaitu, ia merangsang pengeluaran adrenalian yang mempengaruhi pengaliran darah disamping memudahkan dan mempercepatkan pengalirannya.

Ia memanaskan badan dan jantung supaya mudah berdengut serta juga merendahkan tekanan darah.Dalam halia terdapat dua enzim penghadaman yang penting iaitu protease mengurai protin dan lipase untuk lemak . Kedua-dua bahan ini penting untuk membantu penghadaman dan penyerapan makanan yang sempurna.Ia mengandungi banyak bahagian aktif dan yang paling berfeadah ialah gingerols.

Ia bertindak sebagai anticoagulent bagi mengelakkan darah beku yang akan mengakibatkan saluran darah tersembut. Halia juga menyekat kimia seratonin yang menyebabkan muntah. Ia melegakan perut dan mengurangkan angin serta mengurangkan kejang perut akibat makan terlalu banyak makanan bergas. Ia membantu mengurangkan kekejangan, reumatik, pening kepala dan migrain. Ia juga digunakan untuk membuat arak "ginger vine".Ia digunakan untuk membunuh bakteria dalam perut.

NAMA VERNAKULAR: Oregano

NAMA SAINS : Origanum vulgare

Oregano merupakan salah satu dari herba yang sangat popular. Ia berasal dari famili Labiatea. Orang Greek pada zaman dahulu menggunakannya sebagai ubat luka contohnya untuk gigitan kala jengking dan labah-labah. Kini ia digunakan sebagai bahan kosmetik. Minyak mandi yang dihasilkan dari herba ini digunakan untuk melegakankesakitan dan keregangan tulang.Ia juga digunakan sebagai hiasan dan juga sebagai pewangi dan penggunaannya yang paling popular adalah sebagai rempah dalam masakan.

NAMA VERNAKULAR: Ginseng

NAMA SAINS : Panax ginseng

Ginseng merupakan bahan yang sangat penting kerana ia mempunyai banyak kegunaan . Ia juga dikenali sebagai ibu kepada semua ubatan. Ia digunakan untuk mensimulasi tonik, mengimbangi pusingan haid bagi kaum wanita. Ia juga baik bagi mereka yang sedang mengalami putus haid. Bagi mereka yang mengalami masalah tidur, ginseng merupakan ubat yang paling baik. Ia juga digunakan untuk meningkatkan kesuburan.

Penggunaan umumnya adalah untum meningkatkan tenaga. Ginseng digunakan untuk menurunkan kadar kholestoral dalam badan. Ia adalah sangat baik bagi sistem immune kita . Ia mengatasi masalah maslah pernafasan diarrhea, diabetes. Ia diambil samada dalam minuman atau dalam bentuk pil.


Khasiat Timun

Timun yang masak pula jika dimakan mentah dikatakan amat berkesan untuk merawat penyakit sampu pucat iaitu sejenis penyakit pening-pening yang berterusan sehingga boleh menurunkan berat badan.

Dalam rawatan perubatan tradisional, timun turut dipercayai berkesan untuk mengubati penyakit disenteri iaitu keluar darah semasa membuang air besar.

Jus dalam timun mujarab untuk merawat gastrik, ulser duodenal serta kandungan asid yang tinggi . Ia hendaklah diminum 120 hingga 180 ml jusnya. Ia segera memberikan kelegaan pada perut. Jika jus di campur dengan lobak merah, saleri dan bit, ia dapat mengatasi masalah yang berkaitan dengan asid urik seperti gout, neumatik dan artritis. Bijinya kaya dengan potasium. Cecair daripada bijinya dapat merawat masalah kekerapan buang air kecil.

Jusnya dapat merawat kudis pada kulit. Untuk kesan yang lebih, jusnya hendaklah di campur dengan lobak merah dan salad. Parutan timun pula digunakan untuk rawatan kecantikan dimana ia merupakan tonik untuk menyerikan wajah. Jika selalu digunakan, ia dapat mengatasi masalah jerawat, bintik-bintik hitam, kedutan serta kulit kering.

Untuk mengubati penyakit tekanan darah tinggi, buah timun yang segar perlu dibersihkan dan diparut kemudian hasil parutan yang diperas dan disaring akan diminum sebanyak dua hingga tiga kali sehari.

Sementara itu, timun juga berperanan untuk membersihkan ginjal dengan hasil parutan yang diperas dah disaring dan diminum sehingga ginjal dapat menerima cairan tersebut.

Selain itu, untuk mengubati demam, hasil parutan timun yang diparut perlu diletakkan di atas perut. Bagi wanita yang mementingkan kecantikan pada wajah mereka, buah timun yang dihiris dan ditampal serta digosok-gosok pada kulit berjerawat akan dapat menyelesaikan masalah tersebut.

Masker muka yang dihasilkan dengan mentimun, dapat menghasilkan kulit halus mulus. Cara lain, oleskan ramasan bunga mawar pada kulit wajah. Biasakan ini pada pagi hari ketika bunga masih mengandungi embun.

Ternyata putih telur pun merupakan bahan masker yang baik. Oleskan putih telur pada kulit wajah, diamkan 10 minit dan kemudian baru bersihkan dengan air hangat dan ianya cukup lakukan sebulan sekali.

Petua Kecantikan

MENGHILANGKAN KEDUT DI MUKA

AMBIL sebiji lobak merah,kemudian di parut sehingga halus. Campurkan parutan lobak tadi dengan satu sudu besar tepung jagung dan sebutir telur kuning. Kacau bahan-bahan tersebut sehingga sebati. Sapukan bancuhan pada muka dan leher. Biarkan selama 20 minit atau hingga kering. Bersihkan pula dengan air suam. Mudah-mudahan kedut di wajah akan hilang. Pastikan anda kerap melakukannya.

HILANGKAN JERAWAT DAN KESANNYA

MASALAH jerawat di wajah sering menggangu hidup anda. Walaupun sudah dibuang jerawat itu,kesannya pasti ada. Untuk mengatasi masalah tersebut,cubalah petua ini. Picit jerawat pada wajah dengan tangan yang bersih. Selepas itu sapukan sedikit tawas pada bekas jerawat. Insya-Allah,jerawat tidak akan tumbuh lagi.

KEGUNAAN PATI SUSU

PATI susu atau krim susu mampu mengembalikan kelembutan bibir serta warna asal bibir anda. Sapukan pati susu pada bibir anda setiap hari, pasti bibir anda kelihatan lembut dan merah. Untuk mengelakkan kulit berminyak pula,gunakan tepung dal. Campurkan tepung dal dengan pati susu dan sapukan pada muka. Biarkan sehingga kering kemudian bilas. Kulit muka anda akan kelihatan bersih dan berseri.

MENGHILANGKAN PIGMENTASI

Caranya,parutkan timun hingga hancur. Kemudian,campurkan parutan timun tadi bersama tepung jagung. Apabila sebati,sapukan ke seluruh wajah. Biarkan kering. Amalkan pada setiap pagi. Hasilnya kulit anda akan nampak bersih dan lembut.

Madu licinkan kulit

Khasiat madu boleh digunakan sebagai pelembab wajah, menjaga terkena jerawat dan memberi seri pada wajah. Caranya adalah dengan mengambil dua sudu madu dan dicampur dengan putih telur. Kemudian lumurkan pada kulit wajah anda dan biarkan kering. Setelah itu cucikan wajah dengan air bersih.

Pulut haluskan kulit

Jika anda ingin wajah yang jelita dan kulit yang licin serta halus jangan was-was untuk mencuba petua ini. Ambil segenggam beras pulut kemudian digoreng tanpa minyak. Beras pulut yang sudah siap tadi diletakkan ke dalam mangkuk dan perahkan sedikit air limau nipis bersama asam jawa. Biarkan sehingga kembang. Sapukan pada kulit wajah dan biarkan kering. Kemudian basuh dengan air bersih.

Kulit wajah sempurna

KULIT wajah yang sempuna adalah kulit wajah yang tiada noda dan segar. Untuk mandapatkan kulit wajah sebegini tidak sukar. Ambil kulit pisang emas kemudian sapukan bahagian dalam kulit pisang pada kotoran atau parut di wajah. Bagi mendapat kulit wajah yang bermaya,wapkan muka di atas bekas bancuhan air teh yang masih panas selama 5 minit setiap hari. Muka anda akan bertambah segar dan kulit akan bertambah cantik.

Menghilangkan bintik-bintik muka

Untuk mengatasi masalah ini anda bolehlah mencuba petua yang agak mudah ini. Ambil sepuluh helai daun pegaga,dicuci dengan air garam dan ditumbuk halus. Kemudian campurkan dengan bedak sejuk yang ditumbuk halus kemudian dicampurkan dengan sedikit air suam. Amalkan memakainya pada muka anda setiap malam sehingga bintik-bintik hitam di muka anda tidak kelihatan lagi.

Melicinkan kulit badan

Untuk menghaluskan dan melicinkan kulit badan , pastikan anda berlulur sekurang – kurangnya dua kali seminggu. Caranya , rendamkan dua cupak beras pulut ( untuk menanggalkan daki ) , campurkan dua camca teh kunyit serbuk kering ( sebagai penyegar kulit ) . Ketika mandi campurkan empat camca makan bancuhan lulur tadi dengan sedikit perahan asam jawa. Sental lulur itu ke seluruh anggota badan sehingga semua daki keluar.

Menghilangkan ketuat

Ketuat adalah sejenis bintil daging yang kecil dan keras di atas kulit . Untuk membuangkannya , cuba ambil pucuk kacang panjang dan sedikit kapur makan . Gaulkan kedua – dua bahan tadi dan sentalkan pada ketuat di kulit. Lakukannya setiap hari sehingga kutil hilang.

Masker buatan sendiri

Dengan sedikit susu tepung putih yang diperah bersama sebiji limau nipis,boleh dijadikan masker dan disapukan keseluruhan wajah dan biarkan kering. Sebelum mencuci wajah,oleskan secara melingkar agar kotoran hilang. Selain dapat menghaluskan dan melembabkan kulit wajah,cara ini juga dapat menghalang pertumbuhan jerawat jika diamalkan seminggu sekali.


Sunday, October 25, 2009

Gaya sofistikated hitam, kelabu

Giorgio Armani. sentiasa peka dengan trend semasa yang mempesona berasaskan rona gelap dan kelabu.




ANDA seorang yang gemar mempelbagaikan koleksi fesyen tetapi hanya gemar menyimpan pakaian berona gelap seperti hitam dan kelabu? Adakah ia kelihatan terlalu membosankan, suram dan tidak menonjol?

Mungkin tidak bagi jenama terunggul antarabangsa, Giorgio Armani. Ia sentiasa peka dengan trend semasa yang mempesona berasaskan rona gelap dan kelabu. Tanpa mengabaikan aspek potongan dan fabrik signatur Giorgio Armani, musim ini kembali menyaksikan berpuluh-puluh peragawati memperagakan jenama pakaian yang sofistikated itu di pentas peragaan seluruh dunia.


ILHAM jenama Giorgio Armani sentiasa bercita rasa mewah dan sofistikated untuk lelaki dan wanita moden hari ini.

Dalam pilihan warna yang terhad terutama hitam dan kelabu, label Giorgio Armani menampilkan koleksi ringkas dan sedia dipakai pada musim ini. Ia bukan sahaja menjangkau batasan semasa tetapi terbaru dengan susunan hierarki fesyen demokratik.

Sambil menyuntik mood dan nafas segar pada penampilan kontemporari, saksikan pendekatan fesyen klasik yang dibawa bagi menyerlahkan penampilan hebat untuk digayakan ke pejabat. Sekalipun agak tegas dengan potongan baju dan skirt yang ketat atau dengan saiz tubuh langsing, namun ia tetap menonjolkan inspirasi kembara musim luruh-sejuk 2009-2010.

Pilihan warna perak, biru tua dan putih memantapkan lagi pertunjukan fesyen yang digayakan oleh kedua-dua jantina. Dalam pada itu, golongan lelaki sekali lagi disajikan dengan persembahan fesyen sut pakaian yang menarik dan diperbaharui. Anak baju ketat, jaket labuh berbutang, jaket baldu dan seluar tanpa tali pinggang merupakan antara seleksi yang dipertaruhkan bagi menambat hati jejaka berjiwa muda.


GIORGIO ARMANI menampilkan fesyen terbaru untuk lelaki dan wanita bagi musim luruh-sejuk 2009-2010.


Efek kemas dan sifat berdisiplin diselitkan dari segi pemilihan fabrik yang tahan lasak, di samping penggunaan bahan kulit daripada biri-biri. Malah, jaket span yang tebal terasa lebih ringan apabila disarung pada tubuh.

Urban dan tetap dekat di hati, ilham jenama Giorgio Armani pada kali ini pasti bercita rasa mewah dan sofistikated.

Orgasma: Pengukur Kepuasan Seks


KEPUASAN seks akan dapat dicapai andai pasangan saling bekerjasama ketika melakukan hubungan intim. - Gambar hiasan.


















MAAF. Rencana ini agak sensitif. Terutama bagi masyarakat kita yang menjunjung tinggi kesopanan dan adat budaya.

Namun, ia sebenarnya isu yang sangat menarik dan perlu dilihat dari perspektif pendidikan kesihatan, kerana setiap insan hampir pasti akan melaluinya.

"Kesihatan seksual adalah keperluan asas manusia. Semua insan tidak kira lelaki atau wanita berhak memilikinya demi kesejahteraan hidup secara menyeluruh," kata Datuk Dr. Nor Ashikin Mokhtar, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan dari Pusat Perubatan PrimaNora.

Menurut beliau, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan seksualiti sebagai sebahagian daripada personaliti yang dimiliki oleh setiap individu; lelaki dan perempuan.

"Ia adalah keperluan asas manusia yang penting sama seperti aspek lain kehidupan," ujarnya.

Orgasma

Hubungan seks bermaksud hubungan kelamin antara dua individu berlainan jantina. Orgasma pula bermaksud mencapai kemuncak kepuasan syahwat ketika melakukan hubungan seks atau lebih mudah disebut klimaks.

Ia adalah dua perkara yang berbeza. Setiap pasangan yang melakukan hubungan seks belum pasti memperoleh orgasma.

"Semua pasangan berkahwin pernah melakukan hubungan seks. Namun, bagaimana pula dengan orgasma?" soal Dr. Nor Ashikin.

Bagi lelaki kata beliau, ia merupakan perkara biasa ketika melakukan hubungan kelamin namun wanita pula sebaliknya.

"Ada wanita yang mencapai orgasma setiap kali melakukan hubungan namun peratusannya sangat rendah, ada juga yang hanya sesekali dan jangan terperanjat, andai ada yang langsung tidak pernah merasainya," kata beliau.

Beliau merujuk kepada kajian yang dijalankan oleh Durex pada tahun 2007/ 2008 di kalangan pasangan suami isteri di Malaysia, hanya 25 peratus wanita yang melakukan hubungan kelamin mencapai orgasme berbanding lelaki 62 peratus.

Kajian itu juga menunjukkan hanya 58 peratus wanita berpuas hati dengan intensiti orgasma mereka berbanding lelaki iaitu 66 peratus. Kajian tersebut mendedahkan wanita Malaysia ketinggalan dari segi pengalaman orgasma berbanding wanita Sepanyol (52 peratus), Mexico (51 peratus) dan Afrika Selatan (49 peratus).

"Orgasma membantu menyuburkan kesihatan seksual. Ia adalah sesuatu yang patut kita (sebagai wanita) kecapi dan rasa bangga. Katakan kepada suami anda, saya mahukannya kerana ia adalah hak saya," kata beliau.

Menurutnya, kesihatan seksualiti yang baik mempengaruhi fikiran, perasaan, tindakan dan perhubungan seperti juga kesihatan mental dan fizikal.

"Jangan terperanjat andai seks yang baik mampu menjana prestasi kerja yang lebih bagus," katanya lagi.

Seksualiti

Ditanya mengenai faktor utama mengapa wanita Malaysia sukar mencapai orgasma, Dr. Nor Ashikin berkata, ia banyak dipengaruhi oleh kepercayaan masyarakat kita.

"Bagi orang timur, berbicara mengenai seks adalah sesuatu yang tabu dan memalukan. Ilmu mengenai pendidikan seks tidak dibincangkan secara terbuka, kerana itu masyarakat kita terutama wanita tidak mendapat gambaran sebenar mengenai hubungan seksual yang sewajarnya," katanya.

Jelas beliau lagi, sudah menjadi adat orang Timur mengharapkan anak mereka 'faham' sendiri mengenai perkara berkaitan seks tanpa mahu memberi panduan mengenainya.

"Apabila berumah tangga, seandainya mereka tiada komunikasi yang baik antara suami isteri masalah ini akan berlaku," katanya.

Selain itu katanya, faktor umur juga memainkan peranan penting dalam menentukan tahap orgasma individu, begitu juga dengan faktor kesihatan, pengalaman peribadi dan hubungan suami isteri.

Jelas Dr. Nor Ashikin, tahap seksualiti bergantung kepada sistem hormon, neurologi dan vaskular (salur darah).

"Organ seks sebenar yang paling penting dalam menentukan kebolehan untuk mencapai orgasma adalah otak kita sendiri," tekan beliau.

Katanya, hubungan intim mempengaruhi kitaran tindakbalas seks wanita. Ia bermula dengan keintiman emosi yang menjadi motivasi kepada seksualiti neutral wanita. Seterusnya ia merangsang seks yang mana faktor psikologi dan biologi memainkan peranan untuk meningkatkan tahap seks.

Keinginan seks akan meningkat lalu mencapai tahap kepuasan fizikal dan emosi.

Kitar tindak balas seks wanita

1. Peringkat pertama adalah keterujaan atau ransangan yang mana dicetuskan oleh stimulasi psikologi dan fizikal. Tanda-tandanya adalah perubahan emosi, peningkatan kadar denyutan jantung, respirasi dan penebalan dinding serta pengeluaran pelincir dari vagina.

2. Pengekalan rangsangan dipanggil plateau iaitu tahap kedua. Vagina akan menebal, kadar denyutan jantung dan ketegangan otot meningkat sekali gus stimulasi akan berterusan. Payu dara akan membengkak, puting payu dara menegang dan uterus terbenam.

3. Akhir kemuncak adalah orgasma.

4. Fasa terakhir adalah resolusi melibatkan pengaliran darah dari vagina ke seluruh tubuh, pengecutan payu dara dan puting payu dara serta penurunan denyutan jantung, respirasi dan tekanan darah.

"Orgasma adalah sensasi menakjubkan. Ada pendapat yang mengatakan bahawa malam yang baik mengundang kepada pagi yang baik di pejabat," kata Dr. Nor Ashikin sambil tersenyum.

Orgasma katanya, disebut juga sebagai destinasi terakhir dalam setiap hubungan seksual.

"Ironinya, tekanan yang kita letakkan pada diri untuk mencapai orgasma boleh memacu kita untuk memdapatkannya," kata Dr. Nor Ashikin.

Sebaliknya kata beliau, jika kita tidak fikirkan sangat mengenai orgasma dan tidak belajar bagaimana untuk memperolehnya (teori dan praktikal), peluang untuk memperoleh nikmat hubungan seksual termasuk orgasma samar.

Jelas beliau lagi, orgasma terbahagi kepada tiga jenis iaitu klitoris orgasma, orgasma dan gabungan kedua-duanya.

"Orgasma vagina berlaku ketika stimulasi di titik G (G-spot) menyebabkan orgasma tercapai lalu melibatkan sistem uterus dan juga reproduksi," katanya.

Intensiti orgasma

l tempoh dan intensiti orgasma berbeza antara seorang wanita dengan seorang yang lain dan satu pengalaman dengan pengalaman yang lain.

l orgasma berbeza antara satu pengalaman singkat yang cepat hilang berbanding sensasi pengalaman menakjubkan dalam tempoh sedikit panjang, hingga kemuncak nikmat.

l wanita biasanya mengambil masa yang lama untuk mencapai tahap orgasma

Punca sukar mencapai orgasma

Selain persekitaran, faktor utama yang menyebabkan wanita sukar mencapai orgasma adalah disfungsi seksual. Masalah ini berlaku di kalangan 20 hingga 50 peratus wanita.

"Ia melibatkan banyak faktor; biologi, psikologi dan personaliti. Juga tekanan emosi dan fizikal termasuk peningkatan umur," kata Dr. Nor Ashikin.

Ia termasuk masalah keinginan seksual, sukar mencapai kepuasan, orgasma dan sakit ketika melakukan hubungan seks.

"Masalah keinginan seks terbahagi kepada dua iaitu masalah keinginan seks hipoaktif dan masalah tidak suka seks.

"Masalah kesakitan pula antaranya dyspareunia (kekeringan bahagian labia), vaginismus (jangkitan kulat vagina) dan lain-lain masalah kesakitan.

Dari segi biologi kata beliau, faktor jantina dan umur, endokrin, kemurungan, kesihatan keseluruhan dan perubatan memainkan peranan.

Masalah emosi dan berkaitan tekanan, penderaan seks dan konflik hubungan antara faktor psikologi yang sering berlaku.

Selain itu kara Dr. Nor Ashikin, masalah pengaliran darah seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, paras kolestrol tinggi, merokok menyebabkan orgasma sukar dicapai.

"Masalah hormon seperti menopaus, masalah endokrin, kekurangan hormon selepas bersalin dan diabetes juga boleh menjejaskan orgasma," katanya.

Pilihan rawatan

"Mereka yang mengalami masalah mencapai orgasma perlu mendapatkan rawatan sewajarnya kerana ia menjejaskan kesihatan keseluruhan kita," kata beliau.

Bagi Dr. Nor Ashikin, pasangan perlu menjalani kaunseling untuk memulihkan semula tahap keinginan seks mereka.

Selain itu katanya, dapatkan juga terapi gantian hormon estrogen atau estrogen bersama androgen.

Rawatan bukan hormon seperti menggunakan pelembap atau pelincir ketika melakukan hubungan seks, akupuntur dan terapi herba juga boleh membantu.

Bagi mengurangkan kesakitan, Dr. Nor Ashikin mengesyorkan agar pasangan bertenang sebelum melakukan hubungan, mempraktikkan senaman Kegel, menggunakan pelincir dan mencuba posisi atau kaedah baru.

"Yang paling penting adalah berbincang dengan pasangan. Kembalikan kehangatan ketika baru berumah tangga, barulah anda boleh mencapai kemuncak ketika melakukan hubungan," kata beliau.

Syor beliau lagi, pasangan perlu merancang setiap kali ingin melakukan hubungan intim.

"Tanamkan dalam fikiran untuk mendapatkan seks yang terbaik, buangkan perasaan tidak selesa dan takut, nikmati masa anda berdua sebaiknya," kata beliau.

Seks ketika usia emas

Dr. Nor Ashikin berkata, usia emas tidak patut dijadikan alasan untuk tidak mengecapi nikmat hubungan seks.

"Pasangan masih boleh menikmatinya andai mereka benar-benar mahukan dan ia mampu menceriakan hidup mereka," katanya.

Beliau menyarankan agar pasangan tidak berasa gusar kerana seks pada usia ini memerlukan toleransi masa yang lebih panjang serta memerlukan stimulasi manual yang lebih.

"Berbincanglah dengan pasangan. Kongsi apa yang buat anda suka kepada pasangan," katanya.

Selain itu katanya, mengingati saat manis berdua ketika baru menjejak kaki ke alam rumah tangga mampu mengembalikan keseronokan bersama.

"Ambil masa untuk menjelajah semua aspek keseronokan bersama dengan memaksimumkan kemahiran rasa anda," kata beliau lagi.



Sumber: Utusan Malaysia

Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN

STAILO: WARNA vs KULIT


KEMAJA rona terang mungkin tampak menyerlah digayakan orang lain, bukan diri sendiri. Bukan saja kelihatan canggung, warna yang tidak kena dengan kulit bisa menenggelamkan keterampilan keseluruhan jejaka.

Semestinya warna terang seperti merah, kuning, biru dan hijau mampu menaikkan seri. Apatah lagi andai warna itu menjadi pilihan untuk digayakan ke acara hiburan. Sarungkan jaket, kemeja dan aksesori pelengkap gaya berona terang - anda pasti menonjol!

Penggunaan warna yang tepat mampu memberi kesan baik selain meningkatkan keyakinan diri. Namun tidak semua jejaka bebas memilih warna mengikut cita rasa sendiri. Ini kerana warna bersifat global dan harus diberi perhatian biarpun sekadar menghadiri majlis santai.

Mengapa pemilihan warna pakaian menjadi isu sensitif? Semestinya jejaka harus peka dalam memilih warna yang sesuai dengan kulit. Ini penting bagi mengelak kulit tampak kusam, tenggelam atau menyerlah atas faktor salah. Kesilapan memilih warna boleh menampakkan jejaka tidak bijak berfantasi dengan mainan warna.

Bagi memastikan jejaka serasi dengan warna dipilih, rona pakaian haruslah memperlihatkan diri mereka lebih cerah. Pemilihan rona warna hitam dan putih mungkin jalan paling selamat bagi jejaka yang takut berfantasi dengan warna.

Namun begitu, tidak bermakna jejaka tidak boleh mencuba warna lain. Biarlah rona yang dipilih tidak memberi kejutan kepada sesiapa yang melihat. Jangan ragu meminta pendapat orang lain termasuk jurujual butik pakaian, kenalan rapat mahupun teman wanita untuk memastikan pilihan warna benar-benar sesuai.

Selain itu, apa kata cuba dulu pakaian yang mahu dibeli? Lihat hasilnya di depan cermin dan cubalah pelbagai variasi warna yang ada. Siapa tahu, mungkin warna yang tidak pernah digayakan sebelum ini mampu mencipta kelainan dan menyerlah personaliti anda?

Jejaka berkulit cerah mungkin tidak menghadapi masalah memilih rona baik terang atau gelap. Warna terang harus dielakkan bagi jejaka berkulit gelap dan kusam. Sebaiknya, pilihlah warna cerah dan lembut untuk mengimbangi gaya.

Padanan kontra warna mungkin boleh disesuaikan antara kemeja dan seluar bagi membolehkan variasi warna dicetus mengikut kesesuaian.

Usah terhad dan takut untuk berfantasi dengan rona warna. Zaman ini, lelaki sudah berani menggayakan rona merah jambu dan warna lain yang sebelum ini dianggap pantang bagi lelaki. Kreativiti tiada batasan!

XY - Stailo minggu ini berkongsi tip bagi jejaka memilih warna pakaian yang sesuai. Diharapkan, selepas ini almari pakaian anda tidak lagi dimonopoli rona sama - putih, hitam dan biru!

Panduan memilih warna pakaian mengikut warna kulit

Kulit gelap

  • Lebih baik memilih rona berlawanan dengan kulit. Antara warna terbaik untuk jejaka berkulit gelap ialah putih, merah jambu, khaki, kelabu dan biru lembut.

  • Elak memilih warna coklat gelap, hitam, merah gelap dan hijau. Untuk yang berkulit agak coklat paduan warna terang dan gelap mampu menyerlahkan kulit secara keseluruhan. Antara warna yang disarankan termasuklah hitam, putih, merah jambu dan biru laut.

    Kulit putih

  • Pilihlah warna terang, lembut dan pastel. Pemilihan warna yang tepat mampu menyerlahkan penampilan. Antara warna yang serasi termasuklah putih bersih, coklat, biru terang, merah dan hitam.

  • Tidak bermakna kulit cerah bebas berfantasi pelbagai warna. Beberapa warna seperti ungu, jingga dan kuning tidak menyerlahkan penampilan jejaka berkulit cerah.
  • Tona Cerah Nampakkan Badan Lebih Berisi




    Merah hati, coklat atau ungu gelap mampu tambah seri pada wajah dan pasangan pada hari bahagia


    BAGI anda yang berbadan gempal, hindari pemilihan tona cerah seperti merah jambu, kuning air atau krim. Prinsip dan mainan warna patut diteliti kerana warna terang tentunya akan menampakkan badan anda kelihatan lebih besar daripada saiz sebenar.

    Bagaimanapun, untuk majlis akad nikah, warna putih dibolehkan tapi pastikan ia putih gading. Lebih manis jika baju dibuat potongan kurung moden.

    Jika anda mahu tampil elegan, pilihan warna gelap seperti merah hati, coklat atau ungu gelap pastinya mampu menambah seri pada wajah anda dan pasangan pada hari bahagia nanti.



    Cuma pastikan rekaan persalinan tidak terlalu sarat dengan ropol, potongan lengan kembang atau sulaman. Biasanya cara untuk menutup kekurangan pada bentuk badan misalnya pada bahagian pinggul, lengan dan bahu adalah dengan menggunakan sulaman motif serta perincian manik (seperti di dalam lakaran).

    Kaedah itu dibuat bertujuan mengalih tumpuan mata daripada melihat bahagian yang tidak sempurna dan dialih kepada sulaman serta tampalan motif yang dibuat. Selain itu, bayangan baju berperincian manik seperti dilakarkan turut memberi ilusi ramping pada tubuh anda.

    Tapi pastikan motif renda yang dipilih adalah jenis berbunga kecil. Saya sarankan saudari menggunakan renda Perancis dan sifon Itali. Elakkan menggunakan fabrik keras seperti songket kerana ia boleh menampakkan tubuh tambah besar.


    Putra Aziz
    Untuk saudari Norana, saya lakarkan kebaya moden potongan 'tail'. Pastikan hujung baju berada di paras bawah punggung. Kain pula dipotong 'A line', kembang bermula di paras lutut. Tapi pastikan tidak dibuat meleret kerana ia tidak sesuai dengan ciri tubuh saudari.








    PROFIL: Putra Aziz


    Profesyen : Pereka fesyen dan Pengarah Eksekutif Butik Cosry

    Asal : Jakarta, Indonesia

    Alamat butik: Cosry di No 111, Jalan Telawi, Bangsar Baru, Kuala Lumpur. Tel: 03-22872959

    Kenali Gaya: Korset bentuk tubuh langsing




    Fabrik terbaik satin dutches kerana tebal, sedikit keras dan boleh membentuk tubuh dengan sempurna

    PADA pendapat saya, fabrik sesuai adalah seperti satin sutera, sifon, satin dutches dan sutera creep.

    Menampilkan bayangan tubuh tampak kurus boleh dilakukan dengan penggunaan korset. Penggunaannya amat digalakkan, selain mendapat bentuk tubuh yang langsing korset juga boleh dijadikan sebahagian busana pengantin yang di inginkan.



    Fabrik terbaik untuk membuat korset adalah satin dutches kerana fabrik itu tebal, sedikit keras dan boleh membentuk tubuh dengan sempurna.

    Kain pula sebaik-baiknya dibuat mengikut potongan di bahagian pinggul dan kembang sedikit di pertengahan punggung hingga ke bawah menggunakan fabrik sutera creep.

    Oleh kerana inginkan busana bercirikan Melayu, rekaan seperti kebaya labuh amat sesuai bagi menghidupkan elemen Melayu. Fabrik yang digunakan pula adalah dari sutera sifon dan ditampal renda pada bahagian dada dan kaki baju.

    Jika ingin menggunakan renda penuh untuk kebaya, jangan pilih kain yang bercorak terlalu penuh kerana ia boleh menampakkan badan anda kelihatan lebih berisi.

    PROFIL: Nabella Erwani Zainal Abidin

  • Usia : 25 tahun
  • Asal : Klang, Selangor
  • Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Rekaan Fesyen, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.
  • Kejayaan : Pemenang utama Anugerah Pereka Muda Festival Fesyen Islam (IFF) 2008 dengan rekaan inspirasi Si Penggoda Zulaikha di Gurun Sahara.
  • Nabella Erwani boleh dihubungi melalui emel nabella13@yahoo.com.

    INFO: Panduan bergaya ke majlis perkahwinan

  • Elakkan memilih pakaian berwarna putih bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan tetamu lagipun warna putih sinonim untuk raja sehari.

  • Elakkan mengenakan persalinan yang seksi dan terlalu menonjol rekaannya.

  • Sesuaikan rekaan dengan lokasi majlis, misalnya kebaya dan kurung moden untuk majlis di dewan atau rumah manakala gaun moden sesuai untuk persandingan di dewan.

  • Lihat tema sebelum menghadiri majlis perkahwinan supaya anda tidak menjadi perhatian tetamu lain jika silap memilih pakaian

  • Elakkan mengenakan terlalu banyak barang kemas bimbang jadi perhatian peragut.
  • Fabrik Mewah Pilihan Ke Parti



    Kain baldu, renda dan broked mampu serlah gaya pemakai

    SOALAN

    Saya suka bergaya. Di sini saya sertakan beberapa soalan berkaitan dengan pemilihan dan pemakaian aksesori:

    • Nasihat dalam memilih padanan pakaian dan aksesori untuk ke parti.
    • Panduan dalam pemilihan warna aksesori supaya lebih menarik.
    • Pilihan aksesori dan gaya yang sesuai digayakan oleh wanita bertubuh kecil (petite)
    • Aksesori untuk wanita bertubuh besar.

    JAWAPAN
    Faizal Hamid

    Bagi anda yang suka berparti, pilih rekaan pakaian daripada fabrik tekstur mewah seperti baldu, renda dan broked untuk kelihatan lebih menyerlah.

    Pada waktu siang, pakai sedikit saja atau lebih elok jika biarkan wajah tanpa mekap supaya apabila anda bersiap untuk acara pada malamnya, wajah akan kelihatan lebih segar.

    Elakkan memakai kasut yang akan menyakitkan kaki anda, sebaliknya pilih kasut bertapak rata. Ia memudahkan anda untuk bergerak atau menari tanpa mencederakan tumit kaki.


    Apabila tidak pasti dengan pilihan pakaian yang harus dipakai, pilihan selamat tentunya 'little black dress' kepunyaan anda.
    Akhir sekali jangan lupa yang paling menjadi kemestian untuk apa juga acara adalah senyuman yang paling manis.

    Pilihan aksesori dan gaya sesuai digayakan wanita bertubuh kecil:

    Wanita genit akan kelihatan sarat dan kurang selesa dengan aksesori yang terlalu besar. Jika memilih tali pinggang, pilih yang bersaiz kecil.

    Wanita bertubuh genit juga perlu bijak memilih dan menyuai padan pakaian. Sebaik-baiknya cara adalah dengan menyarung pakaian yang ditempah mengikut ukuran badan. Elakkan pakaian yang terlalu besar (oversized), potongan longgar, banyak lipatan dan menggunakan banyak fabrik kerana ia akan menenggelamkan badan yang kecil.


    Panduan memilih warna aksesori:

    Aksesori penting bagi wanita yang mementingkan keterampilan dalam berpakaian. Jika tidak mampu bermewah-mewah dalam berpakaian, anda perlu memberi lebih perhatian kepada pemilihan aksesori. Pakaian yang sama tetapi dengan padanan aksesori yang pelbagai dan berlainan dapat mengubah penampilan anda pada setiap masa.

    Jika anda tidak cukup peruntukan untuk membeli setiap set lengkap aksesori dalam pelbagai warna, anda dinasihatkan supaya memilih satu warna yang boleh dipadankan dengan pakaian sedia ada di dalam almari anda.


    Antara warna mudah suai perlu dimiliki adalah hitam, biru kelasi dan juga coklat.

    PROFIL: FAIZAL HAMID

    • Berkelulusan dalam Ijazah Environmental Arts (Fashion) dari Syracuse University, New York dan Ijazah Sarjana Muda dari UiTM.
    • Pensyarah di Jabatan Fesyen, UiTM Shah Alam
    • Berpengalaman bekerja di New York dan Paris di bawah selian pereka fesyen antarabangsa seperti Christrian Larcroix.
    • Bakal menerbitkan buku pertamanya (terbitan Buku Prima) tidak lama lagi berkaitan dengan ketrampilan lelaki
    • Segala pertanyaan emel: faizalhamid1971@yahoo.com

    Serlahkan Gaya Sofistikated Sesuai Majlis Penuh Gemilang

    Kenali Gaya: Teknik 'tailored' manipulasi tubuh besar





    DISEBABKAN anda memiliki tubuh yang besar dan tidak seimbang bentuknya, saya sarankan supaya anda memilih busana perkahwinan yang kemas dan ringkas potongannya.

    Teliti lakaran yang dihasilkan dan lihat bagaimana mainan teknik ‘tailored’ boleh memanipulasi bayangan tubuh besar dan pada masa yang sama mampu menyerlahkan gaya sofistikated sesuai majlis persandingan penuh gemilang.

    Pada bahagian atas gaun, saya sarankan anda menggunakan padanan fabrik sutera Thai dilapik kain belacu untuk mendapatkan efek statik. Oleh kerana anda sudah membeli renda Perancis berwarna ungu, gunakan renda berkenaan untuk tampalan pada tepi baju, bahagian lengan dan layah.


    Usah risau kerana renda Perancis sememangnya mampu membiaskan pesona mewah namun prinsip saya, walau penggunaan tidak menyeluruh tapi cara ia dimanipulasi sudah memadai untuk menegaskan keanggunan dan kemewahan rekaan.

    Saya sarankan anda memilih kombinasi dua tona berbeza iaitu ungu sebagai asas dan jingga cair sebagai gabungan untuk kelainan pada gaun persandingan itu nanti.

    Potongan bahu baju yang dipotong dari bahu ke bahu mampu memberikan ilusi bahu lebih kecil dan kelihatan terletak manakala penggunaan ‘princess cut’ pula dapat menyerlahkan kekemasan gaun pengantin anda.

    Empire cut yang memotong bahagian bawah payudara penting kerana ia dapat menyokong kedudukan payudara supaya nampak lebih kemas dan tidak terlalu menyerlah.

    Bagi potongan ‘tailored’ pada bahagian dada perlu dibuat di atas garisan payudara dan dikemaskan dengan barisan butang bungkus sebagai kaedah untuk mengaburi kekurangan pada bahagian berkenaan.

    Kelainan yang cuba ditonjolkan adalah pada bahagian lengan. Unsur ‘tailored’ jelas memperlihatkan kekemasan melalui penggunaan fabrik sutera Thai ditampal renda Perancis sehingga ke hujung lengan yang dijahit sendat.

    Potongan kain sesuai untuk tubuh seperti anda adalah A line dipotong tujuh bertujuan untuk menyeimbangkan bayangan tubuh. Fabrik yang sesuai adalah satin crepe sebagai alas manakala lapisan luar, gunakan sutera sifon.

    Oleh kerana anda bertudung, elakkan penggunaan tudung yang terlalu sarat dengan ikatan bunga atau sanggul. Ikatan tudung terbaik adalah yang kemas menggunakan fabrik memberi seperti lycra.

    Pemilik tubuh gempal dinasihatkan tidak memakai terlalu banyak aksesori. Memadai jika anda sematkan satu kerongsang di dada atau hiasan tepi kepala sebagai ganti tiara. Boleh juga gantikan tiara dengan penggunaan bunga hidup seperti mawar dan orkid.

    Pilih kain net nuansa jingga muda atau warna pucat senada yang ditampal renda dan bertatahkan manik berwarna ungu sebagai pelengkap gaya.

    PROFIL: Rizman Ruzaini

  • Pereka fesyen muda Rizman Nordin dari Bukit Bendera, Pulau Pinang dan Wan Ruzaini Wan Jamil dari Kamunting, Taiping, Perak mengasaskan rekaan fesyen menggunakan label Rizman Ruzaini

  • Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Senireka Fesyen, UiTM Shah Alam

  • Melakar nama melalui pertandingan fesyen Jarum Berlian 2003, Trofi Pesona Pengantin 2004 dan Mifa8, 2007

  • Rizman & Ruzaini menjadi pilihan ramai selebriti dan kenamaan antaranya Ziana Zain, Datuk Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Zahida Rafik, Fazura, Noryn Aziz, kerabat Selangor, Johor, Terengganu dan Pahang.

  • Mereka boleh dihubungi di talian 017 4766 004 atau emel rizman_ruzaini@yahoo.com. Boleh juga layari laman web www.rizmanruzaini.blogspot.com untuk maklumat lanjut.
  • Fabrik Motif Flora, Abstrak dapat sambutan



    Gabungan warna pada permukaan kain membezakan sutera Itali dan Korea

    FABRIK dan motif yang mencorak sesuatu material amat penting dalam rekaan fesyen. Corak dan warna melengkapkan rekaan malah mampu merubah penampilan selepas ia sempurna menjadi sepasang persalinan.

    Berpandukan peralihan musim yang melanda pentas peragaan antarabangsa ketika ini, apa yang dapat dirumuskan adalah perubahan ketara terhadap pilihan motif di kalangan penggemar fabrik ela terutama untuk dijadikan pakaian tradisi seperti kurung atau kebaya.

    Pengarah Eksekutif Euro Moda Gulati’s, Jasleen Kaur, berkata suatu ketika dulu, motif flora umpama taboo bagi wanita tempatan tetapi kini ia turut menjadi pilihan wajib tanpa mengira status dan kumpulan umur.

    “Kini, keterbukaan minda dan aliran gaya baru membuka ruang kepada kami memperkenalkan motif abstrak berona terang terutama dari pilihan fabrik sutera Itali berkualiti tinggi di semua rangkaian gedung Euro Moda Gulati’s.

    “Bagaimanapun masyarakat masih sukar menerima fabrik bercorak abstrak sepenuhnya dan untuk itu kami mengambil inisiatif menggabungkan unsur flora bersama gandingan motif binatang, bentuk geometri, silinder atau permata bagi mengimbangi rekaan abstrak.
    Jasleen sentiasa berbincang dengan kakitangannya bagi memastikan pilihan fabrik baru sentiasa mencukupi.

    “Melihatkan sambutan setakat ini, kami mensasarkan fabrik bermotif abstrak bakal menjadi pilihan paling hangat dan sesuai digayakan di musim perayaan akan datang,” katanya.

    Di Euro Moda Gulati’s, kain berlakar motif abstrak boleh didapati daripada pilihan pelbagai jenis material iaitu sifon, sutera, organza, kapas dan viscose.

    “Bagaimanapun, kelebihan Euro Moda Gulati’s sebagai pengedar fabrik Itali terkemuka, kami memiliki pilihan fabrik Itali berkualiti dengan ragam corak abstrak yang lebih banyak.

    “Antara jenama sutera Itali asli yang boleh didapati di gedung kami adalah Valentino, Ungaro, Lorenzo Riva, Giovanni Carozzi, Raffaella Cuviel dan Leonard,” katanya.

    Rona terang dengan mainan corak abstrak dijangka menjadi pilihan ramai wanita untuk Aidilfitri nanti.

    Lumrah alam, sesuatu yang hangat pasti akan menjadi ikutan ramai. Justeru Jasleen memberitahu, selain pilihan fabrik sutera Itali asli, kelompok pembeli yang inginkan fabrik berlakar motif abstrak masih mempunyai peluang bergaya seiring aliran fesyen tempatan.

    “Sutera Korea adalah jawapannya. Bagaimanapun, perbezaan harga menentukan kualiti malah motif abstrak dihasilkan pada sutera Korea juga rata-rata berbentuk sederhana dan kecil berbanding motif pada sutera Itali yang lebih menyerlah.

    “Gabungan warna pada permukaan kain juga berbeza di mana sutera Itali dihasilkan dengan gabungan antara tujuh hingga 13 warna manakala sutera Korea cenderung menggunakan antara dua hingga enam warna saja untuk satu kain,” katanya.

    Jasleen berkata, selain pilihan sutera, Euro Moda Gulati’s turut menawarkan pilihan kain ela bermotif abstrak daripada fabrik sifon, organza, kapas dan viscose pada tawaran harga yang terbaik.

    Kreativiti dan kebijaksanaan menyuai padan fabrik bercorak abstrak bersama material berbeza sama ada polos atau padanan corak sama boleh memberi kesan berbeza pada penampilan.

    Jasleen berkata, ada tiga cara menggayakan persalinan corak abstrak daripada sutera Itali iaitu bersama padanan fabrik sifon bercorak sama sebagai baju atau untuk yang bertudung, material lembut seperti sifon juga boleh dijadikan selendang.

    “Kakitangan Euro Moda Gulati’s juga mempunyai kepakaran memadankan fabrik sutera Itali yang anda gemari bersama gabungan fabrik renda mewah untuk pelanggan yang inginkan gaya eksklusif.

    “Bergantung kepada bajet dan keperluan, pengunjung bebas memilih gabungan renda sama ada renda Jepun, Gucci atau Perancis tanpa manik atau siap tatahan manik sesuai majlis dihadiri,” katanya.

    Kata Jasleen, selain tampil berbeza, padanan dua jenis material berbeza dengan corak yang sama menjadi trend terkini menggayakan fabrik bercorak abstrak.


    INFO: Euro Moda Gulati's

  • Pilihan fabrik Itali di Euro Moda Gulati’s
  • Sifon (Georgette, Yarn Dyed, Silk)
  • Sutera (Crepe, Jacquard, Satin dan Washable)
  • Organza
  • Kapas
  • Viscose.

  • Euro Moda Gulati’s menawarkan harga terbaik untuk sutera Itali bercorak iaitu di antara RM68 hingga RM300 semeter.

  • Sutera Itali asli dan sutera Korea

  • Bidang kain sutera Itali adalah 45 inci manakala sutera Itali lebih lebar iaitu 58 inci.

  • Sutera Itali ditampilkan di dalam rona terang dengan corak besar berbeza untuk sutera Korea yang berhias corak kecil dan sederhana
  • Kenali Gaya: Palazo sesuai wanita bekerjaya



    Seluar sangat senang dipadankan dengan pelbagai

    jenis pakaian selain kemudahkan pergerakan

    Kebanyakan wanita bekerjaya hari ini memilih baju kurung untuk digayakan ke pejabat. Kadangkala kita lihat mereka memilih corak yang tidak bersesuaian seperti bunga besar atau abstrak sehingga wanita berbadan besar kelihatan bertambah gempal.

    Di sini, saya mencadangkan supaya sesekali menggayakan seluar yang berbentuk seakan-akan kain atau lebih dikenali sebagai palazo berwarna polos atau mempunyai corak berjalur sederhana.

    Ia sangat senang dipadankan dengan pelbagai jenis pakaian selain memudahkan pergerakan anda ketika sedang bekerja. Bagaimanapun, saya cadangkan anda memilih kain polos bagi menjadikan ia lebih cantik ketika disarungkan.
    Nazri Ahmad di samping hasil jahitannya.

    Kenakan pakaian berwarna cerah di bahagian atas dan seimbangkan dengan warna agak gelap seperti kelabu, biru gelap dan hitam untuk bahagian bawah.

    Jika memilih yang bercorak, elakkan corak jalur melintang atau motif bunga besar kerana ia menyebabkan anda tampak lebih besar daripada saiz sebenar.

    Padanan warna tudung pula tidak terlalu berbeza dengan warna pakaian. Lebih anggun jika memilih tudung bercorak atau kosong tapi diikat kemas. Elakkan penggunaan lebih dari dua atau tiga warna kerana potongan tiga warna berbeza menyebabkan anda kelihatan bertambah rendah.

    Ikatan tudung mampu mengubah gaya wanita seperti juga dandanan rambut, cara ikatan berbeza dengan tambahan aksesori khusus untuk wanita bertudung mampu memberikan kelainan pada wanita muslimah yang suka bergaya.

    Bagi kelihatan lebih tinggi, cuba padankan bersama kasut bertumit yang bertutup atau kasut baji.

    Profil: Nazri Ahmad

    Nama Butik: Galeri Pengantin Sutera, Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang

    Pendidikan: Universiti Teknologi Mara (UiTM) 1989 dan Akademy Of Fashion 1993.

  • Rekaannya pernah digayakan pelakon terkenal seperti Datuk Shah Rukh Khan, Priyanka Chopra, Fasha Sanda dan Nanu Baharudin.

  • Untuk mendapatkan khidmat pereka ini, hubungi 012-4411886 atau emel: matahari70@hotmail.com
  • Kenali Gaya: Baju Beralun UntukBerbadan Besar




    SELALUNYA wanita berbadan besar sukar membuat pilihan pakaian. Mungkin kerana tiada fesyen sesuai atau tidak berani mencuba pelbagai gaya yang ditawarkan kerana gusar tersilap pilih, boleh mengundang pandangan sinis masyarakat di sekeliling.

    Panduan mudah untuk wanita berbadan besar, pastikan baju yang dipakai nampak beralun sama ada melalui rekaan baju atau pilihan fabrik.

    Justeru, saya lakarkan jenis rekaan sesuai mengikut bentuk badan anda menggunakan fabrik sifon yang di alas (lining) satin lembut. Efek yang terhasil menampakkan saudari tampil lebih ayu dan feminin.

    Pilihan kain alas juga perlu diberi penekanan. Untuk saudari, saya sarankan supaya memilih lapisan dalam yang lebih gelap daripada sifon di bahagian luar. Jika warna cerah atau berkilat dipilih, efek terhasil boleh membiaskan bentuk badan anda yang sebenar.

    Saya juga sarankan saudari membuat rekaan baju dengan potongan empayar (empire cut) iaitu potongan pada bahagian bawah dada dan lurus ke bawah supaya baju berkenaan dapat menutupi bahagian pinggang.

    Jika saudari tidak mengenakan tudung, pastikan potongan leher baju dibuat terbuka (V atau boat cut) supaya tubuh kelihatan tidak terlalu sarat dan leher kelihatan jinjang.

    Bagi mereka yang berani, mainan tona menonjol di bahagian atas mampu mengalih perhatian orang daripada melihat ke bahagian tubuh yang menonjol (pinggang dan pinggul).

    Ingat, jika gaya sarat ropol dan sarat manik menjadi ikutan hangat musim ini, saudari dilarang sama sekali menggayakannya. Begitu juga dengan fabrik berkilau kerana bimbang penampilan saudari tampak pelik.

    Info

    Pilihan sesuai wanita gempal

    Fabrik:
    Sifon, satin lembut, strech tulle, lycra dan jersey

    Warna: Gelap seperti hitam, merah hati, ungu gelap dan coklat

    Profil

  • Nama: Nik Erwan Roseli

  • Umur: 23 tahun

  • Asal: Selangor

  • Adik-beradik: Kedua dari empat beradik

  • Kelulusan: Diploma Senireka Grafik dan Digital Media dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Senireka Fesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam

  • Pencapaian: Best Collection Degree Show (Mei 2008) untuk pelajar tahun akhir.

  • Rekaannya pernah digayakan pelakon terkenal seperti Siti Sarah, Sharifah Aleya, Farawaheda, Noryn Aziz dan kumpulan Mendua

  • Untuk mendapatkan khidmat pereka muda ini, hubungi 016-2500935/017-2431482 atau emel nikerwanroseli@yahoo.com.my
  • Ikatan Tudung Mampu Ubah Gaya




    Selendang Syahirah

    Aksesori seperti kerongsang mampu berikan ilusi wajah lebih sempurna

    IKATAN tudung mampu mengubah gaya wanita. Seperti juga dandanan rambut, cara ikatan berbeza dengan tambahan aksesori khusus untuk wanita bertudung mampu memberikan kelainan pada muslimah yang suka bergaya.

    Pemilik Butik Pengantin Muslimah Syahirah, Ismail Abdul Rahman, berkata pemakaian tudung boleh menutup kekurangan pada bentuk wajah pengantin.

    “Seperti apa yang kami lakukan sejak 10 tahun lalu, pemakaian anak tudung yang dijahit sesuai dengan ciri wajah wanita tempatan menjadi rahsia kejayaan Butik Pengantin Syahirah.

    Ismail juga melakukan perubahan cara pemakaian tudung dengan menggunakan bantuan sanggul rambut palsu selain kreatif menukar gaya ikatan mengikut perubahan musim.

    “Semuanya bagi memberikan keseronokan pada pengantin bertudung kerana saya sendiri sedar, ramai pengantin wanita kecewa dan teringin bercucuk sanggul ketika berkahwin.

    Tudung Jurai Gipsi

    “Justeru, cara ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka mengubah persepsi terhadap tudung. Dalam pada itu saya juga mahu mereka tahu, peranan tudung sama seperti rambut dan cara ikatan tudung mampu merubah wajah ratu sehari,” katanya.

    Wajah bulat dan bersegi

    Pengantin wanita berwajah bulat disaran mengenakan tudung bersama tambahan sanggul tinggi di belakang kepala.

    Kata Ismail, sanggul tinggi dan bentuk anak tudung yang runcing di tengah dahi boleh membantu melembutkan bentuk wajah tidak sempurna seperti bersegi dan bulat.

    “Selendang yang dipakai tidak perlu dilipat di bahagian sisi wajah dan tarik bahagian tudung yang disemat pin berdekatan dagu bukan di leher. Dengan cara itu, bahagian rahang yang bersegi atau pipi yang berisi dapat disembunyikan.

    “Aksesori seperti kerongsang juga memainkan peranan penting kerana pilihan kerongsang berbentuk runcing boleh memberikan ilusi wajah bujur. Pastikan juga lapisan hujung tudung membentuk V atau V senget di bahagian dada kerana bentuk runcing ke bawah boleh mempengaruhi bentuk wajah yang tidak sempurna kelihatan bujur,” katanya.

    Selendang Syahirah

    Selendang panjang boleh digayakan dengan pelbagai ikatan berbeza. Hujung selendang boleh dibentuk bulat atau V bertujuan memberikan ilusi bujur pada wajah bersegi, bulat atau dimensi pendek.

    Langkah 1: Sarungkan serkup keras bersama anak tudung Syahirah dengan kemas.

    Langkah 2: Letakkan selendang Syahirah, pastikan hujung sebelah kiri lebih pendek berbanding hujung sebelah kanan bagi memudahkan lilitan dibuat. Kemudian tarik hujung sebelah kiri membentuk V senget lalu disemat peniti di kedua-dua belah bahu.

    Langkah 3: Tarik hujung selendang sebelah kanan membentuk V senget selari V pertama lantas disemat peniti bertujuan untuk mengemaskan ikatan.

    Langkah 4: Pastikan pemakaian tudung kemas sebelum dipakaikan aksesori seperti kerongsang besar, tiara atau juraian manik.

    Tudung Jurai Gipsi

    Tudung gipsi sesuai pengantin berwajah bujur, bagaimanapun, pemakaian anak tudung Syahirah bersama sedikit rambut palsu membentuk sanggul tinggi di bahagian belakang kepala dapat membantu memberikan ilusi bujur pada pengantin berwajah bersegi atau bulat.

    Langkah 1: Pakaikan anak tudung keras bersama sedikit rambut palsu dan lapiskan anak tudung Syahirah kemudian ikat kemas. Jika perlu, semat peniti di bahagian sanggul supaya ikatan anak tudung benar-benar kemas.

    Langkah 2: Letakkan selendang, pastikan hujung sebelah kiri lebih pendek berbanding hujung sebelah kanan bagi memudahkan lilitan dibuat.

    Langkah 3: Sematkan pin bersama peniti di bahagian sanggul kemudian hujung tudung dipintal membentuk lingkaran di bahagian belakang kepala.

    Langkah 4: Letakkan aksesori juraian manik sebelum dipakaikan layah kembang payung dan tiara

    Kenali Gaya : Untuk Bertubuh Besar


    Badan besar bukan penghalang bergaya



    Kain sifon pilihan paling sesuai untuk si tubuh gempal




    TAHNIAH kerana anda bakal melangkah ke alam rumah tangga tidak lama lagi dan tahniah juga untuk anda kerana bijak membuat pilihan warna yang sesuai untuk busana pernikahan itu nanti.

    Untuk pengetahuan, memiliki saiz badan yang besar tidak seharusnya menjadi penghalang untuk turut bergaya tapi anda harus berhati-hati memilih warna, potongan dan jenis kain.

    Potongan kurung moden berserta tudung yang diikat di sisi bersama layah pasti membuatkan anda kelihatan lebih anggun pada hari pernikahan. Ia juga sesuai untuk mereka yang suka bergaya ringkas seperti anda.

    Penggunaan warna lembut seperti putih gading sangat sesuai dengan imej anda yang sukakan sesuatu yang sederhana. Selain itu, pilihan warna pastel dapat membiaskan mood romantis pada hari persandingan manakala warna gelap seperti merah hati, hijau lumut atau warna keemasan dapat menyembunyikan bentuk tubuh yang besar melalui mainan ilusi.

    Lihat tampalan ‘French border’ pada leher baju, pergelangan tangan, kaki baju dan kain yang membantu menaikkan seri persalinan raja sehari tapi dalam masa yang sama masih mengekalkan konsep sederhana diinginkan.

    Jangan lupa mainan jahitan manik berwarna lembut yang diadun bersesuaian konsep majlis di atas ‘French border’ kerana ia mampu menjadikan busana tampak lebih menarik dan menawan.

    Walaupun anda sudah pun membeli kain, saya ingin berkongsi maklumat dengan bakal pengantin lain yang berbadan gempal supaya memilih jenis kain yang lembut, berat dan jatuh cantik apabila diletakkan di badan seperti sifon.

    Sesuai konsep sederhana, padankan busana anda itu nanti bersama padanan anting-anting labuh atau jika anda ingin mengenakan tudung menutup dada, lengkapkan penampilan dengan aksesori ringkas seperti rantai labuh.

    Profil

    Lynda Rahim


    Profesion: Pengarah Urusan Butik LyndaRahim.

    Asal: Ipoh, Perak

    Status: Berkahwin (Suami, Datuk Abdul Rahim Zin)

    Kelulusan: Diploma Kesetiausahaan dan kini menuntut jurusan fesyen di Institut Pusat Latihan Fesyen (IFTC).

  • Lynda pernah menghasilkan persalinan untuk personaliti tanah air antaranya Sari Yanti, Susan Menon, busana perkahwinan Ruby (isteri Lan Pet Pet) dan Yatt.

  • Sesiapa yang ingin mendapatkan persalinan anggun sentuhan Lynda, boleh berkunjung ke Butik LyndaRahim di 26-1, Jalan 1/1A, Taman Dagang, Ampang atau hubungi 03-42528298.
  • Pakaian Sesuai ke Pejabat



    Rekaan 'tailored sut' dengan pesak, lengan potongan jadikan wanita tubuh biasa tampak menarik

    Memilih pakaian yang sesuai dengan bentuk tubuh sememangnya bukan tugas mudah. Adakalanya pilihan pakaian yang kita rasakan cantik boleh membuatkan kekurangan tubuh kelihatan lebih ketara.

    Justeru, kebijaksanaan memilih gaya sepadan bentuk badan, usia dan tempat yang dituju paling utama.

    Kazsman

    Saudari, perkara pertama yang perlu dikenal pasti adalah ciri tubuh saudari. Berdasarkan ciri diberitahu, saya dapati saudari seorang wanita yang mempunyai ketinggian normal tapi bertubuh agak besar dan lebar.

    Jadi, gaya ke pejabat yang disarankan untuk wanita yang memiliki tubuh normal dan lebar adalah rekaan ‘tailored sut’.

    Perhatikan lakaran yang dihasilkan, teliti setiap perincian jahitan yang dibuat pada sut dan kain. Ia bukan sekadar hiasan tapi mampu memanipulasi kekurangan tubuh saudari supaya kelihatan tidak terlalu gempal.

    Jangan lupa, peranan ‘princess cut’ atau pesak pada sisi baju bertujuan untuk menampakkan potongan baju yang kemas dan terletak pada badan.

    Untuk kelainan, saya sarankan anda mencuba rekaan sut dengan penggunaan lengan potongan ‘ledge of mutton’ bersama butang pada ‘cuff’ yang dibuat agak lebar (5 hingga 7 inci).

    Selain menampakkan ciri feminin, penggunaan cuff memudahkan pergerakan anda semasa sedang bekerja.

    Padankan sut berkenaan bersama kain yang dipotong enam. Pastikan kain berkenaan menampakkan susuk tubuh anda tapi elakkan potongan baju dan kain yang terlalu ketat atau terlalu longgar.

    Selain ‘tailored sut’, gaya lain yang boleh anda gayakan ketika ke pejabat adalah potongan baju yang berpinggang misalnya baju kurung moden, kurung pesak gantung. Elakkan memilih baju kurung biasa kerana ia boleh membuatkan gaya anda kelihatan selekeh dan gempal.

    Tip: Memilih jaket sesuai wanita bertubuh gempal

  • Pilih potongan jaket yang agak longgar (semi fitted), labuhnya di atas pinggul supaya kesan montok di bahagian pinggul dapat dilindungi.

  • Pilih jaket rekaan sederet kancing di bahagian depan baju.

  • Pilih kancing yang depannya berada tepat di bawah garis dada.

  • Princess cut atau empire waist pada sisi pinggang mampu menciptakan efek tubuh yang lebih ramping.

  • Pilih material yang bertekstur rata dan jatuhnya tidak kaku. Misalnya sutera shantung.

    Profil: Kazsman
    Usia: 40 tahun
    Asal: Ipoh, Perak.
    Pencapaian : Pemenang tempat kedua Piala Jarum Berlian 1999, tempat ketiga Pesona Pengantin 2000 dan peserta akhir Piala Seri Endon 2004.
  • Antara selebriti yang pernah menggayakan rekaan Kazsman adalah Noraniza Idris, Siti Nurdiana dan Syura.
  • Hubungi 03-90187697 atau kunjungi premis perniagaannya di Lot 177, Tingkat 1, Kompleks DBKL (Pasar Sungai Besi), Pekan Sungai Besi Kuala Lumpur untuk sebarang pertanyaan.
  • Teknik Solekan Ringkas

    Mekap secara betul elak wajah kelihatan lesu

    MAHU kelihatan anggun dengan wajah yang bersolek rapi tapi tidak tahu bagaimana caranya menyebabkan ramai wanita tampil di khalayak dengan penampilan solekan yang keterlaluan atau wajah yang lesu tidak bermaya.

    Bagi memberi peluang kepada wanita terutama wanita bekerjaya mempelajari teknik betul untuk bersolek, ruangan Cantik kali ini berkongsi panduan solekan ringkas bersama Nurin Adlina Basir dari Nurin Makeover Studio.

    Wajah

    Bersihkan wajah terlebih dulu sebelum disapu pelembap dan seterusnya bedak asas. Pastikan anda memilih bedak asas dan bedak yang sesuai dengan kulit bagi memastikan solekan tahan lama dan kekal gebu. Lanjutkan dengan sapuan pemerah pipi pada tulang pipi tapi ingat, jangan terlalu berlebihan.

    Kata Nurin Adlina, sebelum membeli bedak, pastikan anda mengenali warna dan jenis kulit terlebih dulu.

    caption image2

    “Wanita yang mempunyai kulit berminyak lebih sesuai mengenakan bedak jenis debu, kulit kering pula digalakkan menggunakan bedak padat manakala mereka yang berkulit kombinasi, gunakan alat solek berasaskan air,” katanya.

    Bibir

    Lengkapkan penampilan dengan sapuan solekan yang secukupnya saja. Jika ingin bibir kelihatan penuh, bentuk dengan menggunakan pensil bibir berwarna neutral atau semula jadi. Selepas itu, oles gincu berwarna merah jambu sebelum diakhiri dengan sapuan pengilat bibir.

    Mata

    Jangan terlalu berani memadankan terlalu banyak warna pembayang jika anda ingin tampil sederhana. Pilih warna selamat seperti coklat, hijau dan ungu. Aplikasi maskara penting sebagai pelengkap solekan mata anda.

    “Pilih warna yang sesuai dengan usia, warna kulit dan pakaian supaya wajah anda tidak kelihatan pelik,” katanya.

    Alis mata

    Gunakan pensil alis untuk merapi dan membentuk kening. Menurut Nurin Adlina, ramai wanita yang mengabaikan bahagian alis sedangkan goresan ringkas pada bahagian berkenaan dapat menaikkan seri wajah.

    Kenali Gaya: Busana Pengantin Gempal



    PADA hari pernikahan, rekaan sarat dengan perincian pastinya akan membuatkan penampilan anda lebih menonjol.

    Bagaimanapun, jika tidak mahu gaya nampak keterlaluan, memadai jika dibuat rekaan baju nikah penuh perincian di bahagian atas manakala di bahagian bawah (kain) dibiar kosong.



    Sebagai pilihan, anda boleh tambahkan border lace pada hujung kain bagi menambahkan keanggunan busana itu nanti.

    Saranan saya, disebabkan anda bertubuh rendah dan agak berisi, elakkan mengenakan baju yang terlalu labuh melepasi paras lutut kerana ia boleh menampakkan anda kelihatan rendah dan gempal.

    Disebabkan baju anda sudah sarat dengan perincian dan manik, padanan aksesori sederhana sudah memadai. Elakkan gelang besar atau anting-anting labuh berjurai kerana ia bukan saja boleh mencacatkan penampilan tapi membuatkan tubuh anda tambah sarat.

    Elakkan juga baju yang menampakkan badan anda terbahagi kepada banyak bahagian. Cara selamat, jauhi baju yang dipotong berlapis sama ada melalui gabungan melebihi dua warna atau rekaan melintang.

    Jika anda menyukai ikatan riben dan mahu ia diaplikasikan pada baju nikah, sila lupakan hasrat itu kerana rekaan baju begitu boleh membuatkan anda tampak gempal dan keanak-anakan.

    INFO

    Fabrik: Renda Perancis, sifon, tafetta, satin Dutches dan satin sutera

    Warna: Emas lembut, coklat, rona tanah atau perang

    Fesyen: Ringkas tapi membiaskan satu kelainan



    PROFIL

    Nama: Nik Erwan Roseli

    Umur: 23 tahun

    Asal: Selangor

    Adik-beradik: Kedua dari empat beradik

    Kelulusan: Diploma Senireka Grafik dan Digital Media serta Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Senireka Fesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam

    Pencapaian: Best Collection Degree Show (Mei 2008) untuk pelajar tahun akhir.

  • Rekaannya pernah digayakan pelakon terkenal seperti Siti Sarah, Sharifah Aleya, Farawaheda, Noryn Aziz dan kumpulan Mendua

  • Untuk mendapatkan khidmat pereka muda ini, hubungi 016-2500935/017-2431482 atau emel nikerwanroseli@yahoo.com.my
  • Gaya "Berani Wanita" Gempal



    Anda mempunyai tubuh yang tinggi dan berbadan besar. Jadi, saya sarankan supaya anda menggunakan material yang meregang seperti kapas lycra, sifon atau jersey untuk dijadikan pakaian.

    Bagaimanapun, potongan baju perlu diberi perhatian kerana mereka yang mempunyai tubuh seperti anda perlu mengelakkan daripada mengenakan baju yang terlalu besar atau terlalu longgar.

    Justeru, baju potongan A lebih sesuai kerana ia kelihatan longgar tapi tetap memberi bentuk pada tubuh anda. Pilih skirt lurus potongan A kerana ia boleh melindungi bahagian paha dan pinggul anda.

    Kadangkala membeli pakaian siap agak sukar terutama kepada mereka yang berdepan dengan masalah berat badan. Jadi saya sarankan anda lebih fokus kepada baju yang bermotif kecil tapi tidak terlalu sarat.

    Baju kosong tanpa corak juga lebih menarik jika dihiasi efek jahitan seperti drip yang saya tonjolkan melalui lakaran. Teknik drip yang dibuat di bahagian lengan dan dada baju bertujuan untuk menyerlahkan gaya supaya tidak kelihatan terlalu ringkas dan membosankan.

    Untuk kelihatan lebih bergaya, lengkapkan penampilan dengan padanan tali pinggang besar berhias motif. Bagaimanapun, kedudukan tali pinggang seharusnya pada garis pusat kerana jika ia diletak terlalu tinggi, tubuh akan kelihatan terlalu besar.

    Disebabkan anda bertubuh besar, elakkan mengenakan terlalu banyak aksesori pada satu-satu masa.

    Beranikan diri untuk bermain dengan warna. Elakkan warna cerah seperti putih kerana ia boleh menampakkan anda kelihatan lebih besar. Pilih warna ceria seperti ungu, biru, merah dengan padanan warna asas yang serasi seperti hitam dan coklat.