Saturday, November 21, 2009

Keyakinan Diri

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my

ADA orang selalu berasa kurang yakin dengan diri sendiri baik daripada segi penampilan, perbualan (terutama jika bercakap dengan orang baru dikenali dan mempunyai kedudukan yang dianggap lebih baik) atau kebolehannya membuat keputusan.

Lebih buruk jika ada yang menganggap dia tidak mempunyai imej diri yang baik. Pemikiran negatif seperti inilah yang akan menyebabkan seseorang itu lebih mudah berasa tertekan, gelisah, sukar menumpukan fikiran dan cuba mengelak bercakap dengan orang yang tidak dikenali ketika ada di satu-satu majlis.

Memang diakui banyak faktor di luar kawalan kita yang boleh mempengaruhi keyakinan diri tetapi ada beberapa perkara boleh dilakukan untuk memperbaiki keadaan seperti:

Berpakaian menarik — Pakaian banyak mempengaruhi emosi seseorang dan boleh mengubah cara anda membawa diri serta berinteraksi dengan orang lain. Tidak perlu membeli pakaian mahal kerana yang penting ialah bagaimana anda memadankan pakaian dengan tudung, aksesori, kasut dan beg tudung supaya kelihatan menarik. Ketidakpadanan antara pakaian dengan tudung atau aksesori boleh membuatkan pakaian mahal tampak murah.

Berjalan cepat sedikit — Individu yang mempunyai keyakinan diri tinggi kebanyakannya berjalan cepat kerana mereka mengejar masa. Walaupun tidak mengejar masa, cubalah berjalan lebih cepat daripada biasa. Anda akan berasa keyakinan menjadi lebih baik.

Kaedah ini secara tidak langsung boleh menjadi ‘senaman’ kerana anda memaksa badan menggunakan lebih tenaga dan dapat menjimatkan masa. Anda akan mempunyai lebih masa untuk melaksanakan tugas harian.


  • Belajar postur badan yang baik — Jangan membongkok. Postur badan yang kurang baik akan memberi gambaran kepada orang lain bahawa kita kurang keyakinan diri dan tidak merasakan dirinya penting. Mengamalkan postur badan yang baik sama ada ketika duduk atau berdiri secara automatik embuatkan anda berasa lebih yakin dan selesa dengan diri sendiri.

  • Cari kelebihan diri sendiri — Ramai orang tidak sedar mereka mempunyai lebih banyak pemikiran negatif. Menurut Perunding Psikologi Klinikal, Paul Jambunathan, berdasarkan kajian, apabila ditanya mengenai bentuk emosi, kebanyakan orang akan menyenaraikan lebih banyak emosi negatif berbanding emosi positif. Pemikiran negatif seperti inilah yang menyebabkan kita selalu melihat orang lain lebih baik sedangkan setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing. Cuba senaraikan kelebihan anda dan buat satu karangan mengenainya. Bacakan karangan ini di depan cermin setiap kali anda berasa kurang yakin dengan diri sendiri.

  • Bersyukur — Luangkan masa setiap hari untuk bersyukur ke atas apa yang anda miliki. Sebenarnya anda mempunyai terlalu banyak perkara perlu bersyukur kepada Tuhan, antaranya perkahwinan, keluarga, dianugerahkan anak (walaupun anak angkat), pekerjaan yang baik, kejayaan lampau dan kemahiran. Jika tidak memiliki walau satu pun daripada disenarai di atas, anda masih perlu bersyukur kerana diberi peluang untuk hidup dan menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Kita berdoa dan meminta banyak perkara daripada Allah untuk menikmati hidup tetapi Allah memberi kehidupan supaya anda boleh menikmati semua yang diminta tadi.

  • Jangan kedekut dengan pujian — Apabila kita berpandangan negatif pada diri sendiri, kita secara tidak langsung (tanpa disedari) mempamerkan perasaan itu pada orang lain. Belajarlah memuji orang dengan ikhlas. Ia bukan saja akan membuat orang dipuji berasa senang hati tetapi boleh menjadi pembuka kepada perbualan. Elak terbabit dalam gosip (mengumpat), terutama jika ia membabitkan rakan sekerja. Mengumpat akan mengundang lebih banyak perasaan dan pemikiran negatif kepada anda.

  • Duduk di depan — Di seluruh dunia, tidak kira sama ada di sekolah, universiti atau perhimpunan umum, kebanyakan orang lebih suka memilih untuk duduk di belakang. Untuk meningkatkan keyakinan, belajarlah duduk di barisan depan bagi mengatasi ‘ketakutan’ yang tidak rasional itu. Duduk di barisan depan membolehkan anda melihat, mendengar dan mendapat maklumat dengan lebih jelas. Malah, mempunyai lebih peluang untuk bertanya. Dengan duduk di depan, anda lebih mudah dikesan individu penting yang memberi taklimat.

  • Ambil peluang bercakap — Di dalam perbincangan kumpulan, cuba bercakap atau memberi pandangan walaupun sekali. Ini akan meningkatkan keyakinan anda untuk bercakap di depan orang ramai dan lebih yakin dengan pandangan anda.

  • Bersenam — Tahap kesihatan dan kecergasan memberi banyak kesan ke atas keyakinan seseorang. Individu yang mempunyai berat badan seimbang biasanya lebih yakin dengan diri sendiri. Kita akan berasa kurang yakin apabila tidak selesa dengan badan sendiri akibat masalah berat badan dirasakan tidak cantik atau menarik. Bersenam bukan saja penting untuk meningkatkan kesihatan, tetapi ia juga akan memperbaiki bentuk badan kita.

  • Murah dengan senyuman — Senyuman memberi kesan positif secara langsung kepada diri sendiri. Ia akan membuatkan kita berasa gembira dan tenang. Malah senyuman juga boleh melindungi keresahan hati dan ia boleh membuatkan anda tampak lebih yakin.
  • Friday, November 20, 2009

    Self Care - Will make You Look and Feel Better

    How well are you taking care of yourself? What is self-care?

    Self-care means getting enough relaxation, staying fit,maintaining a healthy diet, having fun doing activities you enjoy and spending time with family and friends. When you take good care of yourself you feel good, enjoy life and are able to tackle everyday stresses.

    Self-care is not selfish, as some people may believe. In fact, if you take good care of yourself are able to take care of others much more easily. Some people find taking care of themselves difficult and believe they are being self- indulgent. Always putting others first will take its toll on your health; will lower your self-esteem and damage relationships. Here are some self-care tips.

    1. Have something pleasurable planned for yourself every day. Make time for relaxing activities. Take time to spend with yourself, reading, mediating, taking a walk in nature, getting a massage or whatever pleases you.

    2. Don’t get involved with trying to solve other peoples’ problems. Be supportive and listen but don’t overburden yourself.

    3. Take time to cultivate relationships. Studies show that having friends and a social network helps reduce stress. Friends offer us opportunities to talk about our feelings and they provide us with feedback.

    4. Take care of your health by eating foods that are good for you. A balanced diet can lift your mood, give you more energy, prevent illness and will help you feel better to cope with life’s stresses.

    5. Take time for hobbies and activities. Make a list of hobbies and activities you enjoy. It might be dancing, taking your dog for a walk, playing a sport, inviting friends over for dinner, hiking etc. Set time aside to do the activities you enjoy most. You will feel better because of it and so will those around you.

    6. Keep fit. Regular exercise improves the efficiency of the heart, maintains good blood circulation and lowers blood pressure. During exercise the body releases hormones, which are natural anti-depressants. Regular exercise acts as a ‘time out’ and gives your mind a break.

    Wednesday, November 18, 2009

    Tip Solekan Daripada Tara

    Tip solekan daripada Tara:

  • Untuk menampilkan solekan yang tampak feminin, lembut dan bercahaya, bedak asas hanya dipakai di kawasan yang diperlukan saja pada wajah.

  • Untuk menghasilkan solekan mata yang cantik, sapukan pembayang mata rona lembut pada separuh kelopak mata sebelum menggunakan rona yang lebih terang.

  • Bagi menyerlahkan kecantikan mata, jangan ketinggalan untuk membentuk garisan di garisan mata bawah serta atas menggunakan pensil mata.

  • Akhiri solekan mata dengan memakai maskara di bulu mata bahagian atas saja.

  • Jangan ketinggalan memakai pengilat bibir selepas menggunakan gincu kerana ia boleh menghasilkan rona yang lebih cantik dan berkilau.

  • Akhir sekali, untuk memberi kesan lebih berkilau, sapukan bedak Gilded Rose Marbleized Shimmer di sekitar wajah.

  • Tuesday, November 10, 2009

    How to Dress for Special Occasions

    When preparing for a special event, take time to select the perfect outfit. It should suit your body shape, the occasion and be in your best color. For a special event treat yourself to getting your makeup and hair done professionally.

    Evening Dress:

    What does this mean? For men it means a dark formal suit, a tuxedo or evening tailcoat and for women a long evening dress. A gala event such as a premiere requires a long evening dress. Pay attention to dress codes - it is courteous to dress as recommended.

    Shoes:

    If you are not used to wearing high-heeled shoes practice before the big event. You will ruin your look if you are hobbling around on heels that are too high. If you don’t feel comfortable in heels don’t choose a pair that are extremely high but instead choose a pair with lower heels. This is not a time to wear clogs, scuffed shoes, pumps, flats or wedge heels.

    Plunging Necklines:

    If you are wearing a low-cut neckline choose one that is not too revealing and does not make you feel self-conscious. For a classier look choose a dress with a low-cut back.

    Handbag:

    For a formal occasion choose a handbag that is elegant, a clutch for example. Don’t be tempted to carry the oversized bag you use everyday.

    Black and White:

    A “little black dress” is an item you should have in your wardrobe. This dress is simple, has long or short sleeves and is knee length. With the right accessories it can be changed to daytime or evening. When attending a wedding do not wear white or dress to outshine the