Wednesday, November 18, 2009

Tip Solekan Daripada Tara

Tip solekan daripada Tara:

  • Untuk menampilkan solekan yang tampak feminin, lembut dan bercahaya, bedak asas hanya dipakai di kawasan yang diperlukan saja pada wajah.

  • Untuk menghasilkan solekan mata yang cantik, sapukan pembayang mata rona lembut pada separuh kelopak mata sebelum menggunakan rona yang lebih terang.

  • Bagi menyerlahkan kecantikan mata, jangan ketinggalan untuk membentuk garisan di garisan mata bawah serta atas menggunakan pensil mata.

  • Akhiri solekan mata dengan memakai maskara di bulu mata bahagian atas saja.

  • Jangan ketinggalan memakai pengilat bibir selepas menggunakan gincu kerana ia boleh menghasilkan rona yang lebih cantik dan berkilau.

  • Akhir sekali, untuk memberi kesan lebih berkilau, sapukan bedak Gilded Rose Marbleized Shimmer di sekitar wajah.

  • No comments:

    Post a Comment